‘Tengku Zafrul’ perdaya guru tadika, rugi RM4,200

‘Tengku Zafrul’ perdaya guru tadika, rugi RM4,200

KUANTAN – Seorang guru tadika kerugian RM4,200 setelah terpedaya dengan janji manis seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘Menteri Kewangan’ yang dikenali menerusi Facebook.

Ketua Bahagian Jabatan Sisasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita yang menetap di Kemayan, Bera mula berhubung dengan suspek melalui Whatsaap pada awal Disember lalu.



Wanita yang berusia 59 tahun itu telah dijanjikan wang dan kereta mewah sekiranya sudi menjadi isteri suspek.

”Pada awal bulan Disember 2021 pengadu telah berkenalan dengan lelaki di Facebook menggunakan nama ‘Tengku Zafrul’ dan beliau juga kenalkan diri sebagai Menteri Kewangan.

”Suspek telah menghantar Whatsapp kepada mangsa dan berjanji memberi pengadu wang sebanyak RM1 juta dan sebuah kereta Rolls Royce jika pengadu bersetuju untuk menjadi isterinya,” katanya.

Tambah Mohd Wazir, suspek kemudiannya meminta pengadu berurusan dengan seorang wanita bernama Siti yang diperkenalkan sebagai pengurus bank kepada ‘Tengku Zafrul’.



Katanya, lelaki yang menyamar sebagai ‘Tengku Zafrul’ itu meminta pengadu wang untuk bayaran yuran pemprosesan sebagai isteri beliau.

Pengadu kemudian mendepositkan sejumlah wang sebanyak RM4,200 melalui mesin deposit pada jam 2.38 petang pada 10 Disember 2021.

Bagaimanapun mangsa datang ke balai polis untuk buat laporan selepas tersedar dia ditipu dan tidak berpuas hati apabila mengetahui suspek menggunakan nama menteri untuk menipunya.

Pengadu juga bimbang dengan keselamatan diri, keluarga dan hartanya, kata Wazir.



Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda jika sabit kesalahan. MG

‘Tengku Zafrul’ perdaya guru tadika, rugi RM4,200


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker