Model 5G: Gesaan Muhyiddin memeranjatkan

Model 5G: Gesaan Muhyiddin memeranjatkan

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan gesaan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kerajaan tidak mengkaji semula model implementasi 5G negara adalah amat memeranjatkan.

Beliau berkata, ini berikutan Ahli Parlimen Pagoh itu membayangkan musibah yang bakal berlaku sekiranya model Rangkaian Borong Tunggal, atau Single Wholesale Network (SWN) yang diterajui Digital Nasional Berhad (DNB) dalam pelaksanaan rangkaian 5G negara diubah.

“Tan Sri berhujah bahawa negara berdepan kehilangan keyakinan oleh pelabur asing. Keyakinan pelabur telah pun terhakis disebabkan oleh keputusan kerajaan melaksanakan model ini atas tiga faktor. Pertama, berlakunya intervensi kerajaan yang tidak sihat dalam industri yang sepatutnya dipacu sektor swasta.

“Kedua, pemain-pemain industri (selain Telekom Malaysia Berhad ) sendiri belum menandatangani sebarang perjanjian dengan DNB. Jika pihak industri tempatan sendiri tidak yakin dengan model yang dianjurkan kerajaan, bagaimana pula pelabur luar dapat diyakini?

“Ketiga, pertikaian di Parlimen tentang keputusan unilateral Kementerian Kewangan dalam pembentukan DNB sebagai Syarikat Tujuan Khas (SPV), jelas menunjukkan berlakunya kekacauan dalam tadbir urus kementerian-kementerian yang terlibat. Semua ini sudah pasti menyusutkan keyakinan pelabur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Khaled, Muhyiddin juga menyatakan bahawa negara akan kehilangan kos peluang kepada pihak industri sekiranya model ini tidak diteruskan.

“Namun, jika benar kos peluang sebegini realistik, mengapa sehingga sekarang masih tiada pemain industri yang teruja untuk bersama-sama terlibat dalam model usahasama ini.

“Hujah Muhyiddin berkenaan kehilangan peluang dan sokongan pekerjaan juga adalah tidak berasas. Tidak kah segala peluang pekerjaan dan sokongan infrastruktur ini akan tetap dapat dicipta sekiranya model asal yang dipelopori oleh pihak pemain industri dilaksanakan?

“Malah dengan persaingan kualiti infrastruktur dan perkhidmatan, yang mendapat manfaat terbesar adalah rakyat sendiri,” jelasnya.

Tambah beliau, begitu juga alasan memelihara kepentingan kontraktor bumiputera dalam menjustifikasikan gesaannya.

Katanya, ini kerana bagi model pelaksanaan berbentuk monopoli sebegini, yang mendapat manfaat tetap hanya beberapa pihak tertentu sahaja, terutamanya para kroni tokoh tertentu.

“Adalah agak menjengkelkan apabila alasan sebegini terus menerus digunapakai.

“Akses kepada rangkaian internet yang berkualiti dan sentiasa terhubung semakin diiktiraf sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia selari hak untuk pendidikan dan kebebasan peribadi.

“Atas sebab itu, pelaksanaan agenda besar seperti implementasi rangkaian 5G ini perlu segera diteliti terutamanya apabila pelaksanaannya dilihat sangat bercelaru seperti sekarang,” jelasnya. Utusan

Model 5G: Gesaan Muhyiddin memeranjatkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker