Najib sindir ‘kepakaran’ Mahathir guna kayu penyepit



Najib sindir ‘kepakaran’ Mahathir guna kayu penyepit

Najib Razak menyindir Dr Mahathir Mohamad dengan memuji “kepakarannya” menggunakan kayu penyepit, sehari selepas kenyataan kontroversi Mahathir mengenai alat itu dan masyarakat Cina.

Najib mengongsikan gambar yang tidak bertarikh memaparkan Mahathir menggunakan kayu penyepit, dipercayai ketika “yee sang” dalam acara dipercayai sempena Tahun Baharu Cina, dengan disertakan kata-kata “Expert skill” (kemahiran pakar).

Mahathir turut diselar bekas rakan seperjuangan di bawah Pakatan Harapan kerana kenyataannya bahawa kaum Cina mengekalkan budaya dan cara hidup di Malaysia dengan memberi sebagai contoh bagaimana mereka menggunakan kayu penyepit ketika makan berbanding cara orang Malaysia yang menggunakan tangan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang memegang jawatan Menteri Kewangan ketika pentadbiran Mahathir berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri itu “simplistic” dan menyinggung kaum Cina.




“Adakah bererti orang Melayu menggunakan kayu penyepit atau garfu hilang kemelayuannya? Malah ramai bukan Cina di Malaysia dan Barat bangga dengan kebolehan menggunakan kedua-duanya tanpa hilang identiti bangsa,” kata Lim. FMT

Najib sindir ‘kepakaran’ Mahathir guna kayu penyepit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih



Leave a Reply

Your email address will not be published.