Honda Civic 2022 serba baharu
Honda Civic 2022 serba baharu
BAKAL dilancarkan pada suku pertama tahun depan, Honda Civic 2022 serba baru hadir dengan pelbagai kelainan dari aspek reka bentuk dan penampilan.
Model generasi ke-11 yang bakal mencetuskan fenomena baharu dan meneruskan legasi Civic ini kelihatan lebih garang, apatah lagi ia tampil dengan varian RS, pertama kali bagi model terbabit.
Dalam prebiu media di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Isnin, pengamal media ‘dihidangkan’ dengan varian RS yang mana lebih progresif dan menawarkan reka bentuk yang sangat menarik.
Honda Civic RS serba baharu tampil dengan penggayaan sporty yang lebih terserlah dengan perumah cermin sisi hitam, antena sirip jerung, pemegang pintu luaran, spoiler belakang baru dan rim aloi hitam matt 18-inci.
Ia juga lengkap dengan lampu utama LED serta DRL LED rekaan baru, dan DNA penggayaan ini terserlah juga di bahagian belakang melalui lampu belakang kombinasi LED yang digunakan.
Dengan ukuran 4,678 milimeter (mm) panjang, 1,802 mm lebar, 1,415 mm tinggi dan 2,735 mm jarak antara roda, Honda Civic serba baru ini lebih besar serta lebar dengan lanjutan jejak belakangnya untuk memberikan kedudukan lebih rendah sekali gus meningkatkan kestabilannya.
Banyak pembaharuan
Pertama kali untuk Honda Civic, ia menggunakan teknologi Lazer Brazing, dengan matlamat memberikan garis bumbung yang lebih halus serta kerangka badan yang lebih kukuh.
Untuk pasaran Malaysia, model serba baharu ini akan menggunakan enjin 1.5L VTEC pengecas turbo yang dipertingkat untuk memberikan lebih banyak kuasa pecutan dan prestasi pemanduan keseluruhannya.
Trenkuasa yang digunakan model progresif ini mampu menghasilkan kuasa 182 PS dan tork 240 Nm.
Honda Civic serba baru ini juga hadir dengan mod pemanduan baru — ECON, Normal dan Sport yang boleh mudah ditukar menerusi suis mod pemanduan yang disediakan.
Model yang kini dibuka untuk tempahan bagi pelanggan di Malaysia ini bakal hadir dengan pakej keselamatan penuh Honda SENSING membabitkan Lead Car Departure Notification System; Adaptive Cruise Control (ACC); Low-Speed Follow (LSF); Collision Mitigation Braking System (CMBS); Forward Collision Warning (FCW); Lane Keep Assist System (LKAS); Road Departure Mitigation (RDM); Lane Departure Warning (LDW); dan Auto High Beam (AHB).
Sebagai tambahan, untuk varian Honda Civic RS ia didatangkan dengan ciri seperti Honda LaneWatch, enam beg udara, kawalan kestabilan kenderaan (VSA), bantuan pemanduan tangkas (AHA), lampu isyarat berhenti kecemasan (ESS), sistem brek anti-kunci (ABS), agihan daya brek elektronik (EBD), Brake Hold automatik (ABH), bantuan mula mendaki (HSA), kunci automatik jarak jauh, penghidup enjin jarak jauh serta satu ciri keselamatan baru untuk Civic, peninjau tumpuan pemandu. BH
Honda Civic 2022 serba baharu
Baca Artikel Menarik :
- Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik
- Batu nilam terbesar dunia ditemui
- Pemimpin DAP atur sidang Zoom raih sokongan jadikan Mahathir calon PM
- Menteri, timbalan isytihar akaun luar pesisir kepada SPRM
- Kenapa Lantik Individu Yang Dikaitkan Kes Rasuah Di India Ketuai DNB?
- Peniaga jumpa muntah ikan paus bernilai jutaan ringgit di Marang
- Najib dedahkan propaganda PAC untuk teruskan agenda DAP
- DAP meneruskan propaganda yang dimainkan mereka sejak tahun 2017 sebelum PRU14.
- Model 5G: Gesaan Muhyiddin memeranjatkan
- Najib sindir ‘kepakaran’ Mahathir guna kayu penyepit
- Saintis ramal ‘kiamat’ dari lautan satu atau dua abad lagi
Layari Laman Facebook MYKMU</a