Selesai nikah kena cekup

Selesai nikah kena cekup

KEMAMAN: Seorang kelindan ditahan polis selepas bergelar raja sehari bagi membantu siasatan kes samun bersenjata.

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan di Pejabat Agama Daerah sebaik selesai majlis akad nikah, jam 12 tengah hari, semalam.



Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menahan suspek bagi membantu siasatan satu kes samun berkumpulan dan bersenjata pada September lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mengaku melakukan jenayah itu bersama dua lagi rakan berusia 29 dan 33 tahun.

Bagaimanapun, katanya, polis sudah menahan dua suspek terbabit dan sudah didakwa di mahkamah pada 22 November lalu.

“Pengantin baru ini turut memiliki satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dua kes mengikut Seksyen 15 (1) ADB 1952,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Hanyan berkata, suspek dipercayai melakukan jenayah itu bersama dua rakan pada kira-kira jam 4 petang di sebuah rumah sarang burung di Mukim Mak Lagam, di sini.

Katanya, ketika kejadian, mangsa yang sedang bekerja di rumah sarang burung berkenaan mendakwa didatangi empat lelaki dengan seorang daripada mereka memiliki senjata api.

Hanyan berkata, kumpulan penjenayah itu turut merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan melarikan dua guni berisi sarang burung.

Katanya, suspek dibawa ke mahkamah hari ini, dan direman selama tujuh hari sehingga 20 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. BH



Selesai nikah kena cekup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?



Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker