Cekik, tanam mayat sepupu hanya kerana permainan online

Cekik, tanam mayat sepupu hanya kerana permainan online

Ketagihan terlampau dalam permainan dalam talian mengheret seorang individu melakukan jenayah kejam.

Itulah situasi yang berlaku apabila seorang remaja lelaki dari Ladnu di daerah Nagaur, Jaipur di India diberkas polis selepas disyaki membunuh sepupunya sendiri baru-baru ini.

Suspek didakwa mencekik selepas bergaduh dengan mangsa berhubung token pembayaran permainan dalam talian.

Suspek berusia 16 tahun kemudian telah menanam mayat mangsa – seorang kanak-kanak berusia 12 tahun itu di sebuah ladang dan menelefon bapa mangsa menuntut wang tebusan 500,000 rupees (RM27,882.60) melalui media sosial.

Menurut polis, suspek berbuat demikian untuk menggunakan wang itu untuk bagi membeli token pembayaran permainan dalam talian.

Jelas polis, pihaknya menerima laporan tentang kehilangan mangsa daripada bapa saudaranya pada 9 Disember lalu.

Dalam laporan itu bapa saudara mangsa mendakwa mangsa ketagih dengan permainan PUBG dan permainan dalam talian lain dalam telefon bimbit telah disedari hilang sejak jam 9 pagi pada 8 Disember lalu.

Polis dalam siasatan awal mereka mendapati mangsa pernah bermain permainan dalam talian bersama suspek.

Kemudian, apabila suspek berusia 16 tahun dipanggil polis dan mengaku mereka bergaduh tentang wang token.

“Suspek mendakwa dia telah meminjamkan sejumlah wang kepada mangsa untuk membeli token permainan dalam talian tetapi mangsa gagal menjelaskan seperti yang dijanjikan.

“Ia sekaligus membawa kepada pertengkaran dan dia membunuh sepupuhnya itu dalam keadaan marah dan kemudian meminta wang tebusan dari bapa saudaranya untuk membeli token mengecaj semula bagi meneruskan permainan dalam talian,” tegas polis. MG

Cekik, tanam mayat sepupu hanya kerana permainan online


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker