Aliff Syukri enggan komen dakwaan hantar pembida beli aset Sajat

Aliff Syukri enggan komen dakwaan hantar pembida beli aset Sajat

Usahawan kosmetik Aliff Syukri enggan memberi sebarang komen selepas wujud dakwaan dia menghantar pembantu peribadi untuk membida aset usahawan kontroversi Nur Sajat Kamaruzzaman.

Pembina tersebut kemudiannya dilaporkan menghilangkan diri sekali gagal melunaskan wang bidaan yang dimenanginya.

Menurut Aliff, dia tidak kisah jika netizen terus membuat spekulasi namun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berkait perkara itu.

“Saya tak nak komen isu ini. Saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan kerana menghormati semua orang,” katanya seperti dilaporkan mStar Online, hari ini.

Terdahulu dilaporkan seorang lelaki gagal melunaskan wang berjumlah RM132,000 selepas membuat bidaan tertinggi ke atas aset Sajat, yang dilelong semalam.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, lelaki terbabit tidak memunculkan diri selepas memberi alasan mahu keluar untuk membuat bank draf sebaik saja sesi bidaan tamat.

“Pembida itu kata wang tunai dia di rumah, jadi kami kata bagi sahaja bank draf dahulu, tapi sampai sekarang dia tak muncul.

“Padahal (nak buat) bank draf kejap saja. Kami syak pembida ini orang rapat kepada seorang lagi usahawan terkenal,” katanya dipetik sebagai berkata.

Susulan itu Nurul Hafidzah berkata, lelongan akan dilakukan sekali lagi pada minggu hadapan.

Terdahulu, media melaporkan orang lelaki berjaya membida kesemua 39 barang milik Sajat dalam lelongan di Kota Damansara.

Proses lelongan itu dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin, 41, dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn Bhd (OWA Resources) selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat. Mk

Aliff Syukri enggan komen dakwaan hantar pembida beli aset Sajat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker