Muntah paus tulen jika dibakar berbau harum – pakar

Muntah paus tulen jika dibakar berbau harum – pakar

KUALA TERENGGANU – Ketulan seberat lima kilogram (kg) yang dijumpai seorang pengusaha kedai makan di Kemasik, Kemaman memiliki ciri-ciri ambergris atau lebih dikenali sebagai muntah ikan paus.

Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Hasrizal Shaari berkata, ambergris yang tulen mempunyai sifat seperti lilin dan berbau harum apabila dibakar.

“Satu lagi ciri ambergris (muntah ikan paus) mempunyai sisa gigi sotong yang tidak boleh diha­dam oleh ikan paus.

“Saya menasihatkan agar objek yang dijumpai itu dihantar ke makmal Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT untuk ditentukan ketulenannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Berita berkaitan: [VIDEO] Rezeki ‘terpijak’ jumpa muntah ikan paus

Hasrizal berkata, PPPL UMT merupakan satu-satunya pusat penyelidikan institusi pengajian tinggi di negara ini yang memiliki kepakaran ketulenan ambergris.

Beliau berkata, kadar caj dikenakan bagi ujian menentusah muntah ikan paus amat berpatutan iaitu RM420 bagi sampel tempatan, manakala RM1,324 untuk sampel luar negara.

“Setakat ini, kami telah terima 20 sampel termasuk dari Thailand dan Indonesia, tetapi disahkan bukan ambergris.

“Sebaliknya, sampel tersebut sebenarnya mengandungi lemak haiwan disyaki hidupan laut dan tidak mempunyai nilai komersial,” katanya.

Katanya, ambergris diguna pembuat minyak wangi sebagai bahan penstabil agar aroma mi­nyak itu tahan lama. K Online

Muntah paus tulen jika dibakar berbau harum – pakar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker