Penyelam Skuba Menitis Air Mata Temui Mayat Dua Remaja Yang Hilang 21 Tahun Lalu [VIDEO]

Penyelam Skuba Menitis Air Mata Selepas Temui Mayat Dua Remaja Yang Hilang 21 Tahun Lalu

SEORANG penyelam skuba tidak dapat menahan emosi selepas dia menemui mayat di dalam sebuah kereta yang tenggelam di dasar sungai, yang dikaitkan dengan kes kehilangan dua remaja 21 tahun lalu.

Erin Foster, 18, dan rakannya Jeremy Bechtel, 17, hilang selepas menghadiri parti bersama-sama dekat Sparta, Tennessee, pada 3 April 2000.



Mereka kali terakhir dilihat di dalam kereta Erin, sebuah model Pontiac 1998, yang kini ditarik keluar dari Sungai Calfkiller selepas ditemui oleh penyelam skuba dan YouTuber, Jeremy Sides, minggu lalu.

Polis mengesahkan terdapat mayat manusia ditemui di dalam kereta tersebut dan kes itu telah dibuka semula selepas dua dekad berlalu tanpa petunjuk.



Selepas penemuan tersebut, Sides tidak dapat menahan air matanya.

“Saya kehilangan kata-kata. Saya gembira dapat menemui mereka tetapi saya juga sangat sedih kerana di situlah nyawa mereka berakhir.

“Saya tidak percaya sudah lebih 20 tahun mereka berada di sana menunggu seseorang untuk mencari dan saya gembira saya melakukannya,” kata Sides.



Walaupun mayat sudah ditemui, namun identiti mangsa masih belum dikenal pasti secara menyeluruh.

Pihak berkuasa menjangkakan proses tersebut menjadi satu cabaran besar kerana mayat berada di dalam air untuk tempoh yang sangat lama. – Daily Mail



Penyelam Skuba Menitis Air Mata Selepas Temui Mayat Dua Remaja Yang Hilang 21 Tahun Lalu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker