Jurulatih gim dihukum penjara, rakam wanita mandi dalam tandas



Gambar Hiasan

SINGAPURA: Seorang jurulatih kecergasan dijatuhi hukuman penjara empat minggu selepas mengaku bersalah masuk ke tandas wanita dan merakam video wanita itu sedang mandi.

Berita Mediacorp melaporkan, perkara itu dilakukan selepas wanita itu selesai menjalani sesi kecergasan dengannya.

Mangsa yang berusia 40 tahun itu ternampak telefon bimbit lalu menjerit dan bersemuka dengan lelaki berkenaan sebelum menghubungi polis sejurus selepas beliau berada di tempat yang selamat.

Lelaki yang berusia 30 tahun itu dijatuhi hukuman penjara selama empat minggu dan mengaku bersalah atas tuduhan menceroboh dan menghina kehormatan seorang wanita, manakala tuduhan ketiga turut diambil kira semasa menjatuhi hukuman.

Arahan mahkamah dikeluarkan bagi melindungi identiti mangsa.




Mangsa mengunjungi gim berkenaan pada 7 Oktober 2019 untuk bersenam. Ketika itu, seorang lagi lelaki turut berada di gim tersebut, iaitu seorang peguam berusia 43 tahun, yang sama-sama menjalani latihan di bawah bimbingan tertuduh.

Selepas selesai bersenam, mangsa memasuki tandas wanita untuk mandi. Ketika mangsa sedang mandi, tertuduh memasuki bilik mandi bersebelahan dengan mangsa lalu meletakkan telefonnya dan merakam wanita tersebut.

Mangsa terlihat telefon itu lalu menjerit. Mangsa yang melilitkan tuala pada dirinya kemudian memeriksa bilik mandi sebelah dan ternampak tertuduh.

Pihak pendakwa mengusulkan hukuman penjara selama empat minggu. Menurut pihak pendakwa, lelaki tersebut pernah didenda pada 2016 atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan dihukum penjara pada 2017 atas kesalahan melibatkan pemalsuan dan memberikan keterangan palsu dengan niat untuk memastikan agar seorang pegawai awam menggunakan bidang kuasanya ke atas orang lain.


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Ibu berang soalan Matematik tahun satu terlalu kayangan



Leave a Reply

Your email address will not be published.