Kompaun SOP RM10 ribu sangat tidak munasabah – Tok Mat



Kompaun SOP RM10 ribu sangat tidak munasabah – Tok Mat

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan mendesak kerajaan meneliti semula jumlah denda maksimum sehingga RM10,000 bagi individu yang melanggar SOP Covid-19, dengan menyifatkan ia “sangat tidak munasabah”.

Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu berkata lebih-lebih lagi pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) itu tidak menyatakan garis panduan untuk mengeluarkan kompaun.

“Menghukum individu yang melanggar SOP seperti gagal memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sehingga denda maksimum RM 10,000 atau penjara untuk tempoh maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya adalah sangat tidak munasabah.

“Alasan Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah) bahawa ia sedang diperhalusi dan akan dimuktamadkan selepas undang-undang itu diluluskan adalah tidak menepati objektif pindaan ini,” katanya di Facebook.




Beliau menegaskan tiada undang-undang wajar diluluskan tanpa segala maklumat dan perincian jelas untuk pertimbangan ahli legislatif.

“Tindakan ‘piecemeal’ seperti ini menunjukkan ketidaksediaan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merangka pindaan tersebut.”

Semalam, Hisham berkata KKM bimbang sekiranya perbahasan di Parlimen berpanjangan, ia akan menyebabkan kesinambungan KKM melaksanakan penguatkuasaan kawalan penyakit berjangkit di negara ini tergendala.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali membentangkan RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam.

Di bawah pindaan Seksyen 25 Akta 342, KKM mencadangkan nilai kompaun dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1 juta bagi sesuatu pertubuhan perbadanan, manakala bagi kesalahan individu pula akan ditentukan suatu jumlah yang tidak melebihi RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini.




Bagaimanapun, Mohamad berkata, sebarang tindakan untuk mempercepatkan RUU ini tidak boleh mengabaikan ketelusan dan keadilan “yang akan membuka ruang kepada tindakan dua darjat”.

“Negara ini mesti belajar dari episod pandemik. Salah satu sebab kenapa kita terus dalam keadaan sekarang ialah kerana kegagalan kita dalam melaksanakan keadilan dalam penguatkuasaan.

Beliau berkata, ia berbeza dengan pendekatan yang digunakan di negara luar di mana undang-undang mereka dilaksanakan dengan nilai kemanusian.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim juga menegaskan pembangkang tidak akan menyokong pindaan RUU itu kerana tidak bersetuju dengan jumlah denda dan kompaun yang keterlaluan. FMT

Kompaun SOP RM10 ribu sangat tidak munasabah – Tok Mat





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal



Leave a Reply

Your email address will not be published.