Sambutan besar-besaran Krismas, Tahun Baharu dilarang

Sambutan besar-besaran Krismas, Tahun Baharu dilarang

Kerajaan melarang penganjuran acara sambutan Krismas dan Tahun Baharu secara besar-besaran dalam usaha mengekang penularan varian Omicron Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, acara sambutan kecil-kecilan dibenarkan dengan syarat hadirin perlu menjalani ujian saringan kendiri Covid-19 terlebih dahulu.



“Bagi sambutan Tahun Baharu dan perayaan Krismas kecil-kecilan ataupun bersama keluarga dan rakan melalui ‘private event’ dibenarkan buat masa ini, tetapi ujian pengesanan Covid-19 sebelum menghadiri sambutan tersebut perlu dilakukan,” katanya dalam sidang media di Parlimen.

Dalam perkembangan sama, Khairy berkata, lebih banyak negara berisiko akan dimasukkan dalam senarai negara berisiko tinggi penularan varian Omicron.

“Pengembara yang tiba dari negara terbabit akan dipakaikan gelang pengawasan digital sepanjang tempoh kuarantin dan pusat pemberian vaksin mega akan diwujudkan semula.”

Katanya, lapan negara dalam senarai sekatan perjalanan ke Malaysia ialah Afrika Selatan, Botswana, Mozambique, Namibia, Malawi, Zimbabwe, Lesotho dan Eswatini.



Beliau berkata, pengembara dari sembilan negara berisiko tinggi yang perlu memakai peranti pengesanan digital pula ialah UK, Amerika Syarikat, Denmark, Australia, India, Perancis, Norway, Kanada dan Nigeria.

“Bagi pengembara dari UK, mereka perlu menjalani ujian kendiri Covid-19 setiap hari sepanjang tempoh kuarantin mulai esok.” FMT

Sambutan besar-besaran Krismas, Tahun Baharu dilarang


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker