Projek monorel Putrajaya, Mahathir suruh bagi pihak swasta

PUTRAJAYA – Projek monorel Putrajaya sepatutnya sudah siap dan boleh digunakan ketika ini jika ia diambil alih oleh pihak swasta.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ada pihak swasta yang berhasrat membangunkan projek itu, namun tidak dipersetujui kerajaan.

Katanya, projek yang diilhamkan beliau itu terbengkalai sejak 2004 iaitu setahun selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Kita sepatutnya boleh berbangga dengan projek monorel ini kerana kita bukan pinjam daripada orang lain. Ia bukan projek ciptaan orang lain tetapi kita punya.

“Saya tidak faham setelah kita buat keputusan untuk bangunkan projek monorel di Putrajaya, malah sudah ada jalan untuk monorel tersebut dan jambatan gantung pun sudah ada,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, beliau difahamkan projek itu ditangguhkan disebabkan kerajaan tidak mahu meneruskan projek tersebut atau tiada duit untuk melaksanakannya.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 sebelum ini melaporkan berlaku pembaziran bagi pengurusan pembangunan Putrajaya berjumlah RM812.91 juta.

Pembaziran itu termasuklah penangguhan projek monorel berjumlah RM797.18 juta termasuk penyenggaraan terowong pengangkutan awam itu bernilai RM2.16 juta.

LKAN mendedahkan penangguhan pembangunan mod pengangkutan monorel itu turut memberi kesan kepada perkhidmatan bas dan penggunaan fasiliti berkaitan di Putrajaya

Pelaksanaan projek monorel tersebut meliputi dua laluan iaitu Laluan 1 sepanjang 13.2 kilometer (km) manakala Laluan 2 sepanjang 6 km selain stesen monorel yang dibina di Terminal Putrajaya Sentral Presint 7 tetapi masih belum siap sepenuhnya.

Laporan itu mendedahkan kerja pembinaan infrastruktur monorel tersebut ditangguhkan pada 2004, bagaimanapun pihak Audit tidak dapat mengesahkan justifikasi penangguhan projek kerana tiada dokumen sokongan diperoleh.

Lawatan fizikal Audit pada 16 Ogos 2022 mengesahkan bahawa sebahagian infrastruktur seperti kerangka asas bagi terowong, tiang-tiang bagi landasan dan jambatan untuk monorel telah dibina

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker