MKT UMNO adakan mesyuarat malam ini

MKT UMNO adakan mesyuarat malam ini

UMNO akan mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn, malam ini.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang memberitahu, ia merupakan mesyuarat pertama selepas enam ahli parti itu dilantik menganggotai Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini MKT pertama selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Mohamad Hassan; Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Datuk Seri Azalina Othman Said; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyertai kabinet Anwar,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Menurut Mohd Puad, walaupun UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan, namun ia mesti kekal memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan.

Dalam pada itu, Mohd Puad turut mendesak kerajaan menyegerakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Tabung Haji.

“Kerajaan perlu didesak mendakwa Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; saman isu Batu Putih selain perbicaraan adil untuk bossku (Datuk Seri Najib Razak).

“Perikatan Nasional (PN) tidak boleh bantah kerana ia sesuai dengan tagline PN ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’,” ujarnya.

Katanya, PN mesti terbuka terhadap siasatan terperinci dakwaan salah kelola kewangan pada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri sebelum ini.

“Ini bukan soal balas dendam atau salah guna kuasa. Ini penggiliran mencari kebenaran.

“Dulu, orang lain kena siasat, kini engkau kena siasat. Apadahal. Jangan sloganis,” tambahnya. MG

MKT UMNO adakan mesyuarat malam ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker