Kumpulan belia bantah pindaan akta berkait SOP Covid-19

Kumpulan belia bantah pindaan akta berkait SOP Covid-19

Kumpulan belia Sekretariat Solidariti Rakyat berhimpun di hadapan Parlimen pagi ini untuk membantah pindaan “tidak rasional” terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Pindaan itu dijangka termasuk peningkatan besar dalam penalti kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, kadar kompaun yang lebih khusus bagi individu dan badan korporat, kuasa penguatkuasaan pihak berkuasa selain Kementerian Kesihatan (KKM), penggunaan peranti pengesan dan pengasingan kes positif di tempat selain stesen kuarantin.



Dalam demonstrasi Lawan Pindaan Akta 342 itu, kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 20 belia itu menggesa kerajaan mengkaji semula pindaan itu dengan alasan hukuman diperuntukkannya tidak munasabah dan keterlaluan memandangkan rakyat kini berdepan situasi ekonomi yang buruk.

Bercakap kepada pihak media, jurucakap kumpulan itu Tharma Pillai berkata, KKM perlu mempertimbangkan keadaan ekonomi semasa dan tekanan sedia ada yang dihadapi oleh rakyat.

Mereka menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang berkata, beliau akan meneliti perkara itu.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen pembangkang, Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), P Prabakaran (Batu), Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), serta Presiden PKR Anwar Ibrahim.



Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerima memorandum daripada Sekretariat Solidariti Rakyat di luar Parlimen hari ini.
Pada demonstrasi itu Anwar berkata, Ahli Parlimen pembangkang akan menolak rang undang-undang itu jika ia dibentangkan hari ini.

Beliau berkata, cadangan pindaan itu sepatutnya melibatkan rundingan sewajarnya mengikut memorandum persefahaman yang dimeterai antara pihak pembangkang dan kerajaan beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Dzulkefly berkata, cadangan itu tergesa-gesa dan perlu dikaji semula dengan lebih terperinci.

Pindaan itu mendapat tentangan hebat sejak pertama kali ia diumumkan dengan ramai yang mengkritik denda maksimum RM10,000 bagi pelanggaran SOP.



RUU asal pindaan itu dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Susulan tindak balas itu, kerajaan telah menyemak RUU terbabit dengan mengekalkan denda kompaun maksimum RM10,000 bagi kesalahan bawah Akta 342, tetapi mengurangkan separuh denda maksimum bagi syarikat kepada RM500,000.

Pada masa ini, denda kompaun yang dikeluarkan kepada individu dan syarikat yang didapati melanggar SOP dihadkan kepada RM1,000. FMT

Kumpulan belia bantah pindaan akta berkait SOP Covid-19




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu



MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker