Semua Ahli Parlimen dipanggil untuk diberi penjelasan isu 5G

Semua Ahli Parlimen dipanggil untuk diberi penjelasan isu 5G

Semua Ahli Parlimen akan dipanggil untuk diberi penjelasan mengenai isu-isu berkaitan 5G di Parlimen pada 1 tengah hari ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata, penerangan itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Pada 1 tengah hari ini, Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan sama-sama memberi penjelasan tentang isu semalam.

“Semua Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang terlibat,” katanya pada sidang media di Forum Awam: Masa Depan Mampan Industri Perubatan Kanabis, Hem dan Ketum di Malaysia.

Beliau berkata penjelasan itu akan dibuat susulan pendedahannya semalam berhubung bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz membincangkan Digital Nasional Berhad (DNB) dan rangkaian liputan 5G negara secara rahsia.

Zahidi berkata beliau juga kecewa apabila Saifuddin dan Zafrul dikatakan telah berbincang beberapa isu DNB sesama mereka tanpa melibatkannya.

Dalam pada itu, Zahidi juga berkata keadaan jadi ‘kelam kabut’ apabila Kementerian Kewangan mahu ambil alih tugas Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam aspek digital komunikasi yang sebelum ini dibawah kementeriannya.

“Sekarang ini Kementerian Kewangan ambil semua itu. Kementerian Kewangan nak jadi Kementerian Komunikasi. Dia nak ambil peranan itu. Jadi kelam kabut,” katanya.

Beliau juga mengulangi pendirian yang beliau tidak setuju jika projek bernilai RM20 bilion DNB dan 5G itu dibincangkan secara rahsia antara Saifuddin dan Tengku Zafrul.

Kata Zahidi, akhirnya beliau juga yang perlu menjawab isu DNB dan 5G di Parlimen tanpa mengetahui apa-apa yang telah dibincangkan.

“Rakyat, Ahli Parlimen pembangkang, kerajaan dan semua orang perlu tahu. Jangan projek RM20 bilion dibincangkan oleh Saifuddin dan Kementerian Kewangan

“Kita kena tanya sebab apa nak senyap-senyap,” katanya. FMT

Semua Ahli Parlimen dipanggil untuk diberi penjelasan isu 5G


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker