Faiq Bolkiah Anak Saudara Sultan Brunei Kini Tanpa Kelab

Sebaran :

Faiq Bolkiah Anak Saudara Sultan Brunei Kini Tanpa Kelab

LONDON: Pemain bola sepak paling kaya di dunia Faiq Bolkiah menamatkan kontraknya bersama kelab Portugal Maritimo tanpa sebarang penampilan bersama skuad senior.

Faiq menjadi perhatian apabila ditandatangani oleh akademi Southampton dan menyertai Arsenal serta Chelsea sebelum diikat tiga tahun oleh Leicester.

Anak saudara Sultan Brunei itu dilaporkan bernilai 13 bilion pound (RM73.35 bilion).



Dia berhijrah ke Maritimo selepas dilepaskan oleh The Foxes pada musim panas lalu tanpa sebarang penampilan bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Harapannya untuk membuktikan nilainya di atas padang sekali lagi berkecai apabila kontraknya dengan kelab liga tertinggi Portugal itu berakhir.

 

“Kami mencapai persetujuan dengan Faiq Bolkiah untuk menamatkan kontraknya. Kami berterima kasih di atas usaha dan dedikasi beliau untuk kelab, kami ucapkan selamat maju jaya,” kata Maritimo yang kini menduduki tangga ke-15 Primera Liga.

Faiq hanya sempat beraksi dua kali untuk skuad B kelab berkenaan.



Bapanya, Jefri adalah adik kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. – AGENSI / The Sun

Faiq Bolkiah Anak Saudara Sultan Brunei Kini Tanpa Kelab

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Honda Civic 2022 serba baharu


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *