Lelaki Maut Tertimbus Ketika Melombong Emas

Lelaki Maut Tertimbus Ketika Melombong Emas

SETIU: Seorang lelaki maut selepas tertimbus tanah ketika melakukan kerja-kerja melombong emas dalam kejadian di Kampung Air Sejuk, Setiu.

Dalam insiden kira-kira jam 5 petang Rabu, mangsa Mohd Johari Mohd Asri, 34, maut di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama bapanya sedang melakukan kerja-kerja melombong di kawasan berkenaan sebelum berlaku runtuhan yang menyebabkan mangsa tertimbus.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin berkata, sejurus menerima panggilan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati berlaku runtuhan tanah ketika mangsa berada di dalam lubang untuk kerja-kerja melombong emas.

Jelasnya mayat mangsa ditemui kira-kira jam 7 malam dan berjaya dikeluarkan 30 minit kemudian.

Katanya usaha mengeluarkan mangsa terpaksa dilakukan dengan bantuan jentolak berikutan tanah di lokasi berkenaan dari jenis tanah liat dan berpasir dan mudah runtuh.

Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

Afandi berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-AA

Lelaki Maut Tertimbus Ketika Melombong Emas

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker