Biodata, Profail dan Latar Belakang Sarah Hildebrand
Beriku adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Sarah Hildebrand yang dikemaskini pada 22 Apr 2021. Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia dan memiliki darah kacukan Amerika, Jerman dan Melayu.
Hildebrand merupakan pemenang bagi Gadis M2 pada 2013. Beliau membuat kemunculan di iklan televisyen dan muzik video, dan membuat kemunculan sulungnya dalam bidang lakonan menerusi telefilem Hujan Pagi, sebagai Ati.
Filem sulung lakonannya ialah Mirip yang ditayangkan pada 2015, lakonan bersama Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah dan Reen Rahim.
Beliau muncul bersama Kilafairy, Erwin Dawson, Cristina Suzanne dan Hefny Sahad dalam siri drama misteri, Nafas di ntv7, memegang watak Shila.
Nama Sarah mula popular dan menaik menerusi drama adaptasi novel popular Pujaan Hati Kanda di samping Remy Ishak dan Mira Filzah, di mana beliau memegang watak antagonis utama bernama Nadine, dimana watak itu adalah kemunculan antagonis pertamanya. Persembahan dalam drama itu mendapat pujian media, malah, watak Nadine lakonannya juga mengundang kebencian penonton atas sifat gedik watak tersebut. Drama ini mendapat penarafan dengan jumlah penonton sebanyak 12 juta penonton
Hildebrand pada 2012.
|
|
Kelahiran |
Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand
18 Ogos 1990 Kuala Lumpur, Malaysia
|
---|---|
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model duta |
Tahun aktif | 2013-kini |
Ketinggian | 5 ka 4 in (163 cm) |
Pasangan | Otto Gillen (k.2019) |
Ibu bapa |
|
Laman sesawang | www |