17 gambar kemaluan tidak dikenal pasti milik siapa

Bicara kes Ebit Lew

17 gambar kemaluan tidak dikenal pasti milik siapa

TENOM: Saksi kelapan, Inspektor Yip Chang Ching,40, memberitahu Mahkamah Majistret hari ini bahawa beliau telah mengenal pasti 17 gambar kemaluan lelaki melalui analisis telefon bimbit milik pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Makmal Forensik polis Diraja Malaysoa (PDRM) itu bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada gambar kemaluan tersebut adalah milik Ebit mahupun individu lain.



Semasa menjawab soalan pemeriksaan balas peguam mewakili tertuduh, Datuk Ram Singh, saksi memberitahu mahkamah bahawa beliau dapat mengenal pasti gambar kemaluan lelaki daripada analisis telefon bimbit yang dijalankan oleh LGMS namun, tidak tahu ia milik siapa.

Biarpun dalam borang permohonan analisis yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat secara jelas menunjukkan ia berkaitan dengan Ebit Lew namun, beliau tidak boleh mengenal pasti mana satu gambar yang berkaitan dengan tertuduh.

Saksi turut menolak andaian peguam bahawa beliau sengaja hendak memalukan Ebit dengan mengekstrak atau mengeluarkan 17 gambar berkenaan walaupun tidak boleh mengenal pasti gambar itu milik siapa.

Chang Ching dalam keterangannya juga memberitahu mahkamah bahawa 17 gambar kemaluan lelaki yang diekstrak daripada telefon bimbit tertuduh tidak mengandungi sebarang mesej perbualan.



Saksi turut bersetuju bahawa hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap telefon bimbit tertuduh juga mendapati tiada sebarang mesej perbualan yang berunsur lucah diperoleh.

Mengenai pertanyaan peguam sama ada saksi tahu mahupun tidak jika pemilik telefon (Ebit) ada menghantar 17 gambar kemaluan lelaki itu kepada orang lain, saksi menjawab tidak tahu.

Saksi menjelaskan bahawa kesemua maklumat yang terdapat dalam pemacu kilat itu dikeluarkan melalui cakera keras (hard disk) daripada LGMS iaitu syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan keselamatan siber profesional yang menganalisis data digital.

Dalam keterangannya, saksi juga tidak setuju dengan pertanyaan dikemukakan Ram bahawa tujuan saksi mengekstrak gambar atau maklumat daripada pemacu kilat itu adalah cubaan untuk mengacau ganggu bahan bukti yang dikumpulkan oleh LGMS.



“Kalau pemacu kilat merupakan satu peranti atau komputer, kita perlu ekstrak untuk mengeluarkan data tapi, dalam kes ini, pengekstrakan data telah wujud dalam pemacu kilat maka, proses mengekstrak tidak perlu dilakukan,” kata saksi di hadapan Majistret, Nur Asyraf Zolhani

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, Nor Azizah Mohamad dan Analia Kamaruddin manakala, Ebit diwakili peguam Ram Singh, Timothy Daut dan Chen Wen Jye. Utusan



17 gambar kemaluan tidak dikenal pasti milik siapa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing



Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)



Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker