Ada scammer dalam rumah Aman Graseka – Mas Idayu

Ada scammer dalam rumah Aman Graseka – Mas Idayu

“Itu bukan Aman Graseka, percayalah!,” katanya.

Demikian kenyataan penyanyi Mas Idayu terhadap bekas suami yang juga pelakon Aman Graseka didakwa mengalami kesukaran hidup sehingga memohon bantuan kewangan daripada rakan artis.



Pemilik nama Mas Idayu Mesnun, 51, itu berkata, dia mengenali Aman dan percaya bekas suaminya bukanlah seorang yang suka meminta-minta bantuan kewangan rakan artis.

Justeru, katanya, Aman bukanlah insan di sebalik mesej mohon bantuan kewangan yang tersebar itu.

Namun, Mas Idayu tak menafikan agak terperanjat apabila nama Aman tular susulan isu berkenaan.

“Saya sokong rakan artis seperti Sharifah Shahirah dan Ellie Suriaty yang percaya itu bukan Aman. Ini adalah perbuatan ‘scammer’ dalam rumahnya sendiri.



“Saya tak mahu tuduh sesiapa, tapi saya percaya ini adalah tindakan orang yang selalu kawal telefon Aman, soalnya siapa?

“Aman sampai sekarang berdiam diri dan mungkin tak tahu. Ini kerana telefonnya dikawal.

“Sebabnya, Sharifah Shahirah ada beritahu selepas hantar mesej, ‘orang itu’ padam semula,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah memuat naik perkongsian dalam Instagram (IG) mengenai Aman atau Aman Shah Baharom Shah, 56, yang meminta bantuan kewangan untuk beri makan anak-anaknya.



Tambah Mas Idayu, dia hairan Aman tidak meminta bantuan daripada anaknya, Nur Dayini Asyiqah, 26, yang kini sudah berkerja, justeru percaya permintaan yang tular itu bukanlah daripada Aman.

“Dalam telefon Aman, nombor telefon rakan artis dan orang yang pernah bekerjasama ada. Habis nombor ini digunakan untuk mencari duit.

“Aman tak cari anaknya, Nur Dayini sebab nombor telefon sudah disekat. Tapi, saya tak yakin Aman sekat nombor telefon anaknya.

“Ini kerana Aman tak pernah sekat nombor telefon saya selepas bercerai, jadi kenapa nak sekat nombor telefon Nur Dayini.



“Ini bermakna ‘orang itu’ tak mahu ada urusan antara Aman dan anaknya. Kami juga sukar berhubung dengan Aman sehingga perlu menggunakan nombor telefon orang lain, namun bukan Aman menjawab panggilan telefon,” katanya.

Tambah Mas Idayu, jika minta duit daripada keluarga, mestilah ‘orang itu’ malu. Disebabkan itulah, minta dengan orang luar.

“Bodohnya ‘orang itu’, tidak licik! Nak buat penipuan, tapi tak pandai tutup lubang,” katanya.

Mas Idayu berkata, dia agak keberatan memberikan komen berikutan mahu menjaga perasaan suaminya yang juga penerbit, Sufian Isa.



Bagaimanapun, katanya, dia percaya apa yang dikatakan untuk kebaikan dan suaminya tentu memahami.

Berikutan itu, Mas Idayu mendoakan kesejahteraan Aman dan berharap bekas suaminya itu mengetahui apa yang berlaku, lantas mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya sudah tiada kena mengena dengan Aman, tapi dia tetap bapa kepada anak kami.

“Saya percaya kenyataan saya ini dapat membantu Aman.



“Jadi, saya cuma doakan Aman sihat dan tiada gangguan apa-apa. Sebab Aman yang kenali seorang waras dan sihat.

“Saya harap Aman perlu tahu mengenai perkara ini daripada sesiapa. Tutuplah akaun bank dan padamkan nombor telefon yang tersebar.

“Saya percaya ‘orang itu’ boleh tengok semua perkongsian, manakala Aman pula tak tengok kerana telefonnya dikawal.

“Tak penatkah memantau untuk selamatkan diri? Jadi, saya berharap nombor telefon itu dapat dipadamkan. Saya juga harap orang Malaysia siasat betul-betul sebelum memberikan pertolongan,” katanya. BH

Ada scammer dalam rumah Aman Graseka – Mas Idayu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker