Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak

Sebaran :

Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak

Pelakon, Datuk Rosyam Nor berkongsi pembabitannya dalam filem terbaharu, G Storm yang turut dibintangi pelakon Hong Kong, Louis Koo.

Menerusi hantaran di Instagram, Rosyam berkongsi mengenai wataknya dalam filem itu sebagai ketua penjenayah perdagangan manusia bernama King.

“Pertama kali berlakon filem Hong Kong. Filem G Storm terbitan produksi Hong Kong ini akan berada di pawagam pada 31 Disember.



“Filem aksi ini bercerita mengenai satu pasukan pencegahan rasuah. Kalau di Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jadi, aku pula jadi jahatlah. Takkan hero pula,” katanya.

Rosyam ketika dihubungi berkata, itu adalah pengalaman berharga buatnya apabila dapat bekerjasama dengan produksi dan pelakon antarabangsa.

“Berlakon dengan syarikat produksi antarabangsa memang berbeza dari segi cara kerja dan sebagainya. Untuk babak aksi, disediakan pelagak ngeri. Waktu bekerja juga hanya lapan jam setiap hari,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam hantaran sama, Rosyam turut memuat naik potongan video beberapa babak dalam filem itu yang membabitkan dirinya.



Penggambaran filem itu dijalankan pada penghujung 2019 dan lokasi penggambarannya berjalan di Hong Kong.

G Storm adalah filem arahan pengarah, David Lam dan menjadi filem sekuel kepada filem P Storm yang pernah ditayangkan pada 2019. HM

Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.