Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi

Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi

Saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang membabitkan Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau terkejut apabila bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu meminta 10% keuntungan daripada projek yang bakal dijalankan.

Pengarah Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata, Lim membuat permintaan tersebut pada Mac 2011 ketika beliau menghantar Lim pulang ke hotelnya selepas makan malam.

Semasa perbicaraan hari ini terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang itu, saksi pendakwaan ke-22 Zarul mendakwa tertuduh meminta demikian daripadanya ketika mereka berdua berada di dalam kereta di Kuala Lumpur pada malam Mac 2011.

Zarul mendakwa awal malam itu, dia telah memberi persetujuan kepada Lim berhubung MOU (Memorandum Persefahaman), bagi membolehkan tertuduh memberikan Projek Terowong Dasar Laut kepada syarikatnya secara rundingan terus.

Saksi itu mendakwa semasa berada di dalam kereta, Lim kononnya meminta daripadanya sebanyak 10 peratus keuntungan masa depan bagi projek RM6.3 bilion Pulau Pinang itu.

“Saya terkejut kerana tidak sangka ia datang daripada YB (Lim), individu yang saya anggap menentang rasuah,” katanya, sambil menambah bahawa beliau faham permintaan tersebut dimaksudkan sebagai sogokan.

Lim sedang dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk meminta daripada Zarul 10% keuntungan daripada projek terowong dasar laut terbabit dan menerima RM3.3 juta sebagai sogokan daripada ahli perniagaan itu.

Beliau juga didakwa atas dua tuduhan dengan curang menyebabkan dua plot tanah milik kerajaan negeri bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada dua syarikat.

Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker