Resort Aliff Syukri di Janda Baik hampir musnah

Sebaran :

Resort Aliff Syukri di Janda Baik hampir musnah

Resort milik usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang, terjejas teruk akibat banjir.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik Aliff yang kini bercuti bersama keluarganya di Istanbul, Turki, dia berasa begitu sedih melihat resort yang dibinanya hampir musnah.

Selain jalan dan landskap resort yang rosak teruk, gazebo, perabot dan beberapa kelengkapan hanyut dibawa arus sungai yang melimpah.



“Saya terlalu sedih dan tidak boleh fokus percutian saya kali ini kerana melihat apa yang berlaku di Malaysia terutama mangsa banjir amat menyedihkan.

“Saya juga mengalami benda yang sama. Resort saya hampir musnah kerana banjir. Tidak pernah saya menjangkakan seteruk ini.

“Jalan sudah tidak boleh dilalui, landskap semua habis rosak. Saya tidak dapat membayangkan apa anda semua lalui. Saya bersimpati dan mendoakan semoga semuanya dipermudahkan,” kata Aliff.

Aliff turut berjanji akan membantu mangsa banjir sekembalinya di tanah air.



“Insya-Allah sekembalinya di Malaysia, saya akan cuba membantu mangsa banjir, sedaya upaya saya. Doakan semuanya dipermudahkan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, isterinya Datin Nur Shahida menerusi Instagram meluahkan kesyukuran pelanggan di resort tersebut selamat.

“Seluruh Janda Baik banjir, tidak terkecuali Sugeh Resort. Tiada apa yang saya harapkan melainkan pelanggan saya selamat. Duit boleh dicari, nyawa sangat berharga,” tulisnya yang turut memahami andai pelanggan mahu menunda percutian di resort tersebut.

Sejak kelmarin, Lembah Klang khususnya di daerah Klang dan Shah Alam, Selangor dilanda banjir kilat sehingga menenggelamkan beberapa kawasan.



Kini, bencana tersebut mula menerjah ibu kota sejak malam tadi selepas beberapa kawasan di Kuala Lumpur mula dinaiki air. K Online

Resort Aliff Syukri di Janda Baik hampir musnah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *