50 tahun tinggal di Hulu Langat ini banjir terburuk

Sebaran :

HULU LANGAT: Peniaga-peniaga di Batu 14, Hulu Langat terkejut dengan kejadian banjir terburuk yang memusnahkan hampir keseluruhan barang niaga mereka.

Pemilik sebuah kedai servis motosikal, Yee Lai Hong, 28, menganggarkan menanggung kerugian RM50,000 apabila kedainya dimasuki air sejak kelmarin.

“Banjir pernah berlaku, tetapi tidak pernah sampai ke sini dan kalau berlaku sekalipun tidak teruk sebegini. Kali ini ia betul-betul dahsyat sehinggakan hampir semua barang saya rosak terkena air,” katanya ketika semalam.

Semalam, dia tidak buka kedai tetapi kedainya dinaiki banjir.



“Hari ini saya buka kedai dan sedih melihat keadaan dalam kedai masih ada air dengan alat ganti motosikal banyak yang terkena air.

“Saya dan dua pekerja sedang membersihkan kedai tetapi sangat penat untuk menghilangkan kotoran,” katanya.

Peniaga kedai jam, Mohd. Hafizee Yusoff, 39, berkata, kejadian banjir itu adalah yang terburuk pernah menimpa kawasan tersebut.

“Pengalaman penduduk di sini yang sudah menetap 50 tahun, ini adalah kejadian paling teruk. Inilah kali pertama air masuk hingga ke sini, sedangkan di sini adalah kawasan bukit,” ujarnya.



Sementara itu, pengusaha kedai cat kenderaan, Mohd Sukri Mohd Zain,42, reda dengan kejadian yang menimpa sehingga memusnahkan kedainya.

“Jika saya kata kecewa ia seperti menidakkan takdir Tuhan. Apa yang saya boleh cakap saya menerima dan pasrah menghadapi dugaan ini,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

50 tahun tinggal di Hulu Langat ini banjir terburuk


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Fizo Omar lawan arus redah banjir di Lebuh Raya Karak-KL


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *