Saya dah tak ada rumah sekarang – Afieq Shazwan

Saya dah tak ada rumah sekarang – Afieq Shazwan

“Saya dah tak ada rumah sekarang. Saya dan mama (nenek) terpaksa tinggalkan rumah kami serta mencari tempat berteduh sementara kerana keadaan banjir yang membimbangkan,”

Demikian perkongsian penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan, 24, di Instagram Story memaklumkan dia sudah meninggalkan rumah didiami bersama neneknya, Puan Noor, 70, akibat situasi banjir yang semakin buruk di Klang, Selangor.



Terdahulu, sejak semalam menerusi beberapa hantaran di Instagram Story juga, Afieq Shazwan berkongsi keadaan di dalam rumahnya yang dinaiki air dan difahamkan berlaku sejak tengah malam lagi.

Dalam hantaran di Instagram, Afieq turut memperlihatkan dia sibuk mengemas barang di dalam biliknya yang dinaiki air paras buku lali ketika itu dan katanya, apa yang berlaku tidak pernah diduga.

“Saya tak pernah sangka akan alami perkara begini (banjir). Saya pun tak pernah terfikir dek akal yang bilik tidur saya akan jadi macam ini. Sedih, Allahu akhbar, besar kuasaMu ya Allah.

“Saya dan mama akhirnya terpaksa meninggalkan juga rumah kami kerana bimbang mama pun sudah berusia. Sejak semalam, saya puas pujuk dia untuk sama-sama ikut keluar atas sebab keselamatan,” katanya.



Afieq berkata mohon doa dia dan neneknya termasuk semua mangsa-mangsa banjir lain kerana ada yang berada di dalam keadaan lebih teruk dan terdesak.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro cuba menghubungi Afieq untuk mendapatkan perkembangan lanjut tidak dijawab dan kiriman mesej kepadanya juga belum berbalas. Semoga segala urusan Afieq dipermudahkan Allah SWT. HM

Saya dah tak ada rumah sekarang – Afieq Shazwan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker