KWSP sedia RM10 juta program bantu mangsa banjir

KWSP sedia RM10 juta program bantu mangsa banjir

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi membantu usaha bantuan dan pemulihan banjir kepada komuniti yang terjejas selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata, bantuan itu akan disalurkan melalui pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak balas terhadap bencana dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Pelaburan Kerajaan (GDRN).



“Sebagai tambahan kepada komitmen kewangan, KWSP akan menawarkan penggunaan Kampus Pembelajaran KWSP (ELC) di Bangi, yang menyediakan 152 bilik dengan kemudahan penuh, kepada mereka yang dipindahkan berikutan banjir serta perkhidmatan kecemasan yang telah bertindak balas terhadap krisis ini.

“Sebagai tanda sokongan dan solidariti, warga KWSP juga sedang mengumpul dana melalui Program Kongsi Rezeki KWSP bagi membantu mangsa banjir, selain menggerakkan sumber di cawangan KWSP di seluruh negara untuk memastikan kesinambungan perniagaan di kawasan yang terjejas,” katanya. HM

KWSP sedia RM10 juta program bantu mangsa banjir


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker