Peja dibalun bertubi-tubi

PETALING JAYA: Tindakan Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu mengadakan upacara rasmi penubuhan skuad sukarelawan pasca banjir kementeriannya ketika ribuan mangsa banjir terkandas menunggu bantuan, mengundang kemarahan warganet.

Bekas Perdana Menteri Najib Razak turut menegur tindakan Faizal merasmikan majlis itu sebagai “tak perlu” kerana lebih baik “gerakkan dan bantu dengan segera saja.”

Pengguna media sosial Rosmilla Roslan berkata, dia belum nampak skuad sukarelawan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di mana-mana lokasi banjir setakat ini, dan memuji pasukan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang pantas menghulurkan bantuan.

“Nak dapat nama saja kot si Peja (Faizal) ni…Tak nampak pun skuad sukarelawan KBS di tempat dilanda banjir setakat ini. Geng YB Syed Saddiq dah ambil ‘position’ di Sri Muda malam kejadian itu,” luahnya.

Seorang lagi warganet, Taifuq Airiz berkata, teguran Najib ada “benarnya” kerana ia membabitkan bencana besar.

“Betul apa yang DSNR (Najib) cakap tu. Ada perkara yang perlu bantuan segera kita terus gerakkan. Kita bukan mahukan publisiti dan ‘opportunis’,” katanya.

Hazwan Hasanudin pula mempertikaikan kualiti menteri di negara ini yang disifatkan sebagai “lemah”.

“Benda ‘basic’ pun tak boleh fikir. Orang semua pakat naik atas bumbung rumah dah. Macam ni je ‘level’ menteri kat Malaysia? Lemah,” katanya.

“Sempat lagi dia buat majlis pelancaran dengan tempah ‘backdrop’… (ketika) rakyat dah separuh nyawa dalam air, ada yang duduk atas bumbung,” kata Jamilah Malek.

Sementara itu, Nuha Fariha pula menggesa kerajaan menyalurkan sumbangan segera kepada mangsa banjir tanpa perlu melakukan sebarang perasmian.

“Patutnya tergesa semua YB (Yang Berhormat) turun…tak perlu nak bersiap cantik bagai…sebab risaukan keselamatan rakyat.

“Duit peruntukan dari kerajaan tu terus salur sumbangan untuk mangsa..tak kira pagi petang atau tengah malam, mereka (pemimpin) ni sebab keluarga dia orang tak terjejas itu yang buat asal rakyat nampak aku buat kerja…dah! Bukan nak mengata tapi itulah realitinya,” kongsinya.

Semalam, Najib menegur majlis pelancaran skuad sukarelawan pasca banjir oleh Faizal bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Kuala Lumpur. Faizal adalah Timbalan Presiden Bersatu.

“Rasanya benda macam ini tak perlu buat ‘signboard’ dan majlis pelancaran rasmi. Gerakkan dan bantu dengan segera saja,” kata Najib di Facebook.

Teguran Najib kemudian dikongsi Faizal di Facebooknya, dan menteri itu akur agar majlis pelancaran itu seharusnya tidak perlu diadakan.

“Saya setuju dengan apa dikatakan oleh Najib Razak tidak perlu majlis pelancaran dan juga paparan digital, ini adalah pengumuman mobilisasi gerak kerja sukarelawan pasca banjir belia seluruh negara.

“Pihak KBS Malaysia akan memperbaiki dan memperbetulkan apa yang sepatutnya,” katanya.

Peja dibalun bertubi-tubi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ong Kian Ming kongsi gambar tolong mangsa banjir pakai baju Armani dikritik netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker