165 lokasi terkesan dilanda bencana alam

PETALING JAYA – Sebanyak 165 lokasi di lapan negeri dilaporkan terjejas akibat bencana alam yang berlaku sejak Ogos lalu termasuklah kejadian banjir kilat, cerun dan jalan runtuh serta jambatan rosak dan mendap disebabkan hujan lebat berterusan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi hantaran di Facebook berkata, keadaan buruk ini melibatkan kesemua 34 daerah di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Terengganu, Kelantan, Pahang, Kedah dan Perak.

“Setakat pukul 6 pagi tadi, Pahang merekodkan jumlah daerah yang tertinggi terkesan akibat bencana alam itu dengan melibatkan kawasan di Lipis, Jerantut, Raub, Maran, Kuantan, Temerloh, Pekan dan Bera,” katanya.



Selain itu, menurut laporan yang dikeluarkan, Yan, Kedah merupakan daerah terawal yang direkodkan mengalami bencana alam dengan berlakunya kejadian jalan runtuh pada 18 Ogos 2021 melibatkan beberapa laluan yang terpaksa ditutup sepenuhnya untuk kenderaan.

Jelasnya, sebanyak 73 kawasan di Jalan Persekutuan dan 92 di Jalan Negeri yang terjejas ekoran bencana alam yang berlaku. – K! ONLINE

165 lokasi terkesan dilanda bencana alam


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Banjir Lembah Klang: Ini masanya kami balas budi, ‘biar jasa jadi kenangan’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker