Banjir akan menjadi perkara lazim di Malaysia – pakar

Banjir akan menjadi perkara lazim di Malaysia – pakar

Malaysia harus lebih bersedia menangani banjir seperti yang melanda sebahagian besar Semenanjung Malaysia pada hujung minggu lepas, sebuah kumpulan alam sekitar memberi amaran.

Walaupun Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Zaini Ujang semalam menyifatkan kejadian banjir itu sebagai peristiwa cuaca yang berlaku sekali dalam satu abad, pengurus program penjagaan sungai Pusat Alam Sekitar Global (GEC) Kalithasan Kailasam berkata, bencana sebegitu akan menjadi lebih lazim.

“Jika orang ramai berpendapat ini hanya kejadian terpencil, saya minta maaf. Ia akan menjadi lebih lazim,” katanya kepada FMT.

“Kita perlu perlahan-lahan belajar untuk hidup dengan banjir seperti itu dan semua bangunan dan jalan raya kita mesti berdaya tahan terhadap jumlah hujan yang banyak.”

Kalithasan juga menggesa agar program kesiapsiagaan banjir berasaskan komuniti dilaksanakan dengan orang ramai, terutamanya kanak-kanak, boleh belajar tentang banjir dan dilatih untuk menanganinya.

Setakat malam tadi, lebih 41,000 mangsa banjir di tujuh negeri dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), dengan hujan lebat turut menyebabkan kerosakan harta benda yang tidak terkira dan menyebabkan ramai pengguna kenderaan terkandas di jalan yang dinaiki air.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menekankan bagaimana tindak balas Selangor “agak huru-hara” berbanding negeri lain seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan, yang dapat menjangkakan kesan musim tengkujuh pada akhir tahun.

Walaupun Kalithasan menyatakan bahawa jumlah hujan yang banyak – memecah rekod di Kuala Lumpur dan Selangor – adalah akibat lekukan tropika, beliau berkata, perubahan iklim memainkan peranan besar dalam bencana itu.

Selain peningkatan intensiti banjir, kajian Universiti Putra Malaysia pada 2018 mendapati bahawa impak lain perubahan iklim dalam konteks Malaysia termasuk peningkatan paras laut, banjir pasang surut kawasan pantai dan hakisan pantai.

Bagaimanapun, selain perubahan iklim, Kalithasan berkata, terdapat dua faktor lain yang menyumbang kepada kejadian banjir besar itu – kapasiti longkang yang berkurangan dan kekurangan kolam takungan seperti yang dilihat pada terowong saliran air banjir seperti SMART.

Sambil menyifatkan longkang sebagai “petugas barisan hadapan untuk mengumpul air hujan”, beliau berkata, banyak longkang di negara ini “tersumbat dengan sampah dan lain-lain”.

“Saya bukan kata semua longkang, tetapi kebanyakannya penuh dengan sampah dan benda lain yang mengurangkan kapasiti takungannya sekali gus menjejaskan sungai, yang sebahagiannya tidak dapat menampung beban hujan yang lebat,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia memerlukan lebih banyak kolam takungan di lokasi strategik untuk menampung air sebelum ia dilepaskan ke longkang atau sungai monsun dan terowong SMART, walaupun “sangat bagus”, tidak direka untuk berfungsi sebagai tadahan air bagi Lembah Klang.

Terowong SMART mengalirkan lima juta meter padu air sejak ia diaktifkan pada Sabtu selama kira-kira 22 jam. Menurut Zaini, ini telah menyelamatkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur daripada banjir besar.

SMART, atau Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya, direka untuk mengalihkan sejumlah besar air banjir daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur melalui kolam takungan, terowong pintasan dan takungan simpanan. FMT

Banjir akan menjadi perkara lazim di Malaysia – pakar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker