PRU 15 Perlu Diadakan Segera Sebelum April 2022

Oleh Nurul Aisyah

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 8 Disember lalu memutuskan untuk mengadakan mesyuarat empat peringkat UMNO iaitu Wanita, Pemuda, Puteri dan UMNO Bahagian pada 11, 12, dan 18 Disember di seluruh negara.

Hasilnya 143 Bahagian UMNO mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dahulu sebelum pemilihan perwakilan UMNO ke Persidangan Agung UMNO (PAU). Mereka membuat usul supaya PRU 15 diadakan segera iaitu sebelum April 2022.



PRU-15 perlu dipertimbang untuk diadakan dalam masa terdekat supaya mandat baharu dapat diserahkan semula kepada rakyat. Memang dalam politik apa juga boleh berlaku. Dinamiknya berubah setiap hari dan tidak statik, justeru terpulang kepada BN dan UMNO untuk mengorak langkah.

Aspek kestabilan politik dan kerajaan yang terkandung dalam manifesto BN dilihat antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan bergaya mereka pada PRN Melaka yang lalu. Ini jelas menunjukkan rakyat Melaka mahu kestabilan politik bagi membolehkan negeri dan juga negara diuruskan dengan baik serta lancar.

Faktor ini juga bakal mempengaruhi PRU-15. Tambahan pula, manifesto digariskan BN turut dilihat sangat munasabah dan boleh dilaksanakan. Langkah BN menurunkan 86 peratus calon muka baharu pada PRN Melaka juga dilihat berjaya, hasilnya rakyat Melaka menerimanya dengan baik.

Penggunaan formula ini dilihat mampu membolehkan Barisan Nasional menawan semula negara dalam PRU-15 kelak. Oleh itu, PRU-15 amat sesuai diadakan sebelum April 2022.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker