Banjir: Ezad risau koleksi gitar, barangan arwah ayah

Sebaran :

Banjir: Ezad risau koleksi gitar, barangan arwah ayah

Penyanyi Ezad Lazim risau memikirkan koleksi gitar dan barangan peribadi peninggalan arwah bapa tersimpan dalam bilik bawah kediamannya di Kota Warisan, Sepang, yang ditenggelami air paras pinggang, dalam banjir, kelmarin.

Ezad atau nama sebenar, Mohd Rohaizad Mohd Lazim berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang daripada membuat persembahan di Kedah dan maklumat mengenai kejadian itu diperoleh daripada jiran.

“Sebaik tiba di Sepang pada sebelah malam, Sabtu lalu, saya dan isteri tidak dibenarkan memasuki kawasan perumahan kerana dinaiki air selain banyak jalan ditutup.



“Sebelum tiba di kawasan perumahan, kami perlu melalui sebuah perkampungan Orang Asli. Saya dapat tahu kawasan itu juga ditenggelami air hingga bumbung rumah. Selalunya, banjir di lokasi itu sahaja, bukan di kawasan perumahan kami.

“Disebabkan itu, kami pulang ke rumah keluarga isteri saya di Seri Kembangan dan masih berada di sini. Kami masih belum pulang kerana air belum surut dan tidak dibenarkan masuk,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, isteri Ezad, Nor Azeana Ramli berkongsi rasa sedih tidak dapat menyelamatkan dokumen penting termasuk koleksi gitar kesayangan Ezad dan barangan peninggalan orang tua mereka.

“Dokumen penting saya letak dalam bilik khas di tingkat bawah. Saya fikir ini antara barangan terjejas. Sama juga barang untuk berniaga, koleksi gitar kesayangan Ezad dan barangan muzik arwah abah.



“Itulah antara barang yang mempunyai nilai sentimental. Jadi, apabila tak dapat diselamatkan, memang sedih kerana tidak boleh diganti.

“Kalau perabot seperti sofa, televisyen (TV) dan mesin basuh, tidak mengapa… Semuanya boleh diganti,” katanya.

Nor Azeana berkata, kereta dan motosikal milik mereka juga dipercayai tenggelam dalam banjir.

“Apabila air sudah naik ke paras pinggang, kita sudah boleh bayangkan barang-barang yang terjejas,” katanya.



Nor Azeana berharap banjir segera surut agar dia dan suami dapat pulang melihat keadaan rumah.

“Memang kami mahu pulang tengok rumah. Tetapi rasanya agak mustahil untuk pulang hari ini berikutan air yang masih tinggi di sekitar kawasan perumahan.

“Kalau ada bot, takkan kami sahaja yang boleh masuk. Disebabkan itu, kami pantau keadaan dan diharapkan banjir segera surut,” katanya. BH

Banjir: Ezad risau koleksi gitar, barangan arwah ayah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *