100 pelajar UniSZA terima bantuan awal Yayasan Bank Rakyat

PETALING JAYA – Seramai 100 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima Bantuan Awal Pengajian daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) sebagai persediaan untuk memulakan pengajian.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, bantuan itu melibatkan 100 pelajar dalam kalangan keluarga B40 dan pemilihan mereka adalah berdasarkan senarai yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UniSZA.

Katanya setiap pelajar yang terpilih bakal menerima peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang.

“YBR sentiasa mencari ruang dan peluang bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan B40 dan asnaf dalam mendapatkan pendidikan yang lebih baik.

“Saya percaya melalui bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat serta motivasi pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian dan mengubah nasib keluarga ke kehidupan yang lebih baik serta mencipta kejayaan di masa hadapan,” katanya di dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu katanya, YBR pada tahun ini juga memperuntukkan sebanyak RM479,599 yang melibatkan 41 inisiatif di Terengganu melalui pemberian bantuan serta perlaksanaan program berunsurkan pendidikan melalui Program Pembangunan Pendidikan dan Masyarakat.

Prihatin dalam meningkat sosio-ekonomi masyarakat melalui pendidikan dalam kalangan belia, Syaiful Rizal turut bersama-sama hadir mempersembahkan bantuan awal pengajian kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, merangkap Tuanku Canselor UniSZA.

“Semua pelajar yang menerima bantuan adalah dikalangan pelajar di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda serta membantu meringankan beban kewangan mereka ketika kemasukan ke semester baru,” tambahnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker