Ong Kian Ming kongsi gambar tolong mangsa banjir pakai baju Armani dikritik netizen

Ong Kian Ming kongsi gambar tolong mangsa banjir pakai baju Armani dikritik netizen

Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming berkongsi gambarnya tangannya yang ‘berbelang’ di media sosial, selepas turun padang membantu mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.

Ong berkongsi gambar sedemikian sebagai respons terhadap dakwaan orang ramai bahawa kebanyakan ahli politik yang melawat mangsa banjir hanya untuk sesi bergambar.



“Saya tak rasa saya boleh keperangan seperti ini dengan hanya beberapa sesi bergambar, kan? Dan jika ada yang tertanya-tanya… Saya memakai baju (jenama) Armani dari pasar malam, ya,” ciap Ong di Twitternya.

Semalam, dia berada di Taman Sri Muda untuk melawat keadaan dan membantu penduduk yang terperangkap akibat banjir.

Selain menghabiskan beberapa jam di sana, Ong turut membangkitkan isu penyelarasan kerja-kerja menyelamat dengan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Walaupun ramai yang memuji Ong atas usahanya itu, dia bagaimanapun berdepan dengan kritikan menyokong barangan palsu dengan memakai baju-T jenama Armani palsu.



Apabila ditanya mengenai perkara itu, dia memberitahu Malaysiakini bahawa baju-T tersebut diberikan oleh rakannya 20 tahun lalu. Mk

Ong Kian Ming kongsi gambar tolong mangsa banjir pakai baju Armani dikritik netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker