Jangan marah Penyelamat, banjir berlaku serentak di banyak kawasan

Jangan marah Penyelamat, banjir berlaku serentak di banyak kawasan

Najib Razak hari ini tampil membela kerja-kerja menyelamat yang dilakukan anggota keselamatan untuk membantu mangsa banjir ketika ada sesetengah pihak melemparkan kecaman kepada mereka.

Rasa tidak puas hati itu kebanyakannya berpunca daripada lewatan anggota terbabit tiba di lokasi kejadian.

Menurut bekas perdana menteri itu mangsa banjir dinasihat supaya bersabar dan tidak menengking anggota keselamatan yang menjalankan tugas bagi menyelamatkan mangsa banjir.

“Saya tahu ada yang marah marah dan mendakwa anggota keselamatan kita lewat tiba.

“Kita perlu faham, banjir kali ini serentak berlakunya. Contohnya di Selangor, di banyak kawasan penduduk (dinaiki air) maka kerahan anggota dan aset perlu diagihkan dan pasti akan berlaku kelewatan.

“Kita perlu ambil kira pengerakan mereka yang terpaksa menempuh jalan putus, tanah runtuh dan sebagainya namun mereka tetap berusaha untuk tiba di kawasan terjejas.

“Saya diberitahu ada yang turut menengking anggota keselamatan ini. Saya harap anda semua bersabar kerana mereka sedang melakukan yang terbaik dengan kemampuan paling tinggi,” tulis Najib dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Kuala Lumpur dan Selangor berdepan banjir besar pada Sabtu lalu selepas menerima taburan hujan yang banyak sehingga merosakkan harta benda orang awam.

Banyak jalan utama Kuala Lumpur ke Shah Alam terputus akibat banjir yang menyaksikan puluhan ribu terpaksa dipindahkan.

Dalam pada itu, Najib berkata dia kagum dengan kesungguhan rakyat Malaysia dan petugas barisan hadapan bertindak menghulurkan bantuan ketika bencana ini.

“Saya sangat kagum dengan kesungguhan rakyat Malaysia dan ‘front-liners’ membantu satu sama lain ketika bencana ini.

“Semangat ini bukan pertama kali dipamerkan kita semua. Tiada siapa boleh nafikan kesungguhan dan semangat rakyat Malaysia ini dalam aktiviti sukarelawan. Saya puji semangat anda,” kata Najib lagi.

Jangan marah Penyelamat, banjir berlaku serentak di banyak kawasan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker