Cat Farish dapat kejutan kenduri besar

Pelakon Shikin Maembong tidak menyangka majlis akad nikah dengan penyanyi Cat Farish yang dirancang secara sederhana bertukar kepada acara besar atas usaha keluarga dan rakan terdekat.

Katanya, pada peringkat awal, pelan pernikahan diadakan di masjid dengan disusuli jamuan makan, namun keterujaan keluarga yang menyayangi Cat mendorong adik beradiknya sepakat merealisasikan detik itu di Asiana Grand Hall, Setapak, malam ini.

Bertemakan pernikahan dalam taman dengan putih sebagai warna tema majlis, dianggarkan 300 jemputan bakal menyerikan acara tersebut.

Malah lebih mengharukan apabila majlis resepsi di sebuah dewan acara di Bukit Jelutong pula turut dijadikan kejutan untuk bakal pengantin yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

“Sebenarnya kami mahu melaksanakan perkara wajib sahaja, tetapi Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan kawan-kawan, ramai yang menzahirkan hari sejarah kami nanti dengan majlis ijab kabul yang penuh makna.

“Dari acara kecil membabitkan keluarga terdekat, masing-masing pun mula bagi idea untuk adakan acara seterusnya iaitu persandingan di dewan besar lengkap sesi bertukar dulang hantaran dengan anggaran 500 jemputan.

“Apa pun kami anggap ini rezeki memulakan hidup baharu kami bersama anak-anak,” katanya yang mengakui debaran semakin berganda menjelang detik pernikahan ketika dihubungi Kosmo! Online.

Menurut usahawan makanan itu lagi, dia bertuah kerana adik beradiknya terutama Emma, Chacha dan Yaya bertindak sebagai pengelola acara termasuk ‘menghadiahkan’ mereka berdua dengan acara berinai, malam tadi.

Dihadiri sekitar 60 tetamu, kedua-dua bakal pengantin termasuk anak mereka serta jemputan yang hadir mengikuti tema Bollywood di sebuah restoran.

“Macam nikah dan resepsi, malam berinai pun sebetulnya kami nak buat di rumah adik saja tetapi seorang kawan pelawa kami buat di sana. Meriah sebab kebetulan semalam 12 Julai hari jadi Cat yang ke-49,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Cat atau Farish Ramli yang berkongsi debaran sama, turut teruja untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami kepada wanita pilihan hatinya.

Malah akui lelaki yang pernah dua kali mengalami kehancuran rumah tangga itu, perasan menempuh kehidupan bersama Shikin cukup berbeza apatah lagi diraikan dalam majlis besar.

“Walaupun perkahwinan pertama dulu pun ada resepsi, tetapi kali ini sangat berbeza malah saya dan Shikin merasakan ini julung kali kami diraikan dalam suasana serba meriah.

“Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan keluarga kecil kami terutama anak-anak saling berkasih sayang hingga ke akhir hayat,” tambah anggota Ruffedge itu.

Difahamkan mereka juga meraikan permulaan hidup bersama itu dengan mengerjakan umrah sekitar Oktober ini atau selewat-lewatnya sebelum tahun baru.

Cat sebelum ini pernah berkahwin dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020 namun sah bercerai pada Januari lalu tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu, Cat mendirikan rumah tangga dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016 dengan dikurniakan tiga cahaya mata, Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.

Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada chef selebriti, Datuk Chef Wan pada 5 Disember 2014, tetapi berpisah dua tahun kemudian.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Arianna dan kemudian dia berkahwin buat kali kedua dengan ahli perniagaan pada Mac 2020, namun hanya bertahan selama dua tahun

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang

Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander

Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker