Iron Dome Israel Gagal Tangkis Peluru Berpandu Balistik Iran

Iron Dome Israel Gagal Tangkis Peluru Berpandu Balistik Iran

 

Iron Dome Israel Gagal Tangkis Peluru Berpandu Balistik Iran

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan lebih 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel pada malam Selasa lepas.

Ia sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin pejuang yang disokong Tehran.



Tentera Israel (IDF) mengumumkan perkara itu selepas kira-kira sejam serangan berkenaan berakhir.

IDF juga mendakwa sejumlah besar peluru berpandu yang pihaknya dakwa berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara Iron Dome.

Video Player

Namun begitu, dari rakaman video yang sedang tular, ternyata dakwaan IDF adalah tidak benar.

Dengan kegagalan Iron Dome menangkis sebahagian besar peluru berpandu balistik Iran, telah menimbulkan keadaan panik di Israel.

Ianya membuatkan beberapa kawasan di wilayah rejim Zionis berkenaan terkena bedilan peluru berpandu terbabit.



Menurut laporan portal Turkiye Today, kegagalan Iron Dome memaksa Israel mengarahkan penduduknya berlindung di tempat perlindungan bom.

Arahan dikeluarkan sejurus selepas siren amaran serangan udara dibunyikan di seluruh negara.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional




Sebelum ini, IDF mendakwa bahawa Iran mula melancarkan peluru berpandu ke kawasan Palestin yang diduduki rejim itu.

Rakaman video dari beberapa bandar di Iran seperti ibu negara Tehran menunjukkan bahawa serangan peluru berpandu telah dilancarkan terhadap entiti Zionis.

Dalam satu kenyataan, IRGC berkata, serangan peluru berpandu itu adalah tindak balas terhadap pembunuhan yang dilakukan oleh Zionis dan jenayah di Palestin dan Lubnan.



Pihak IRGC juga mendakwa, 90% peluru berpandu balistik yang dilancarkan berjaya mengenai sasaran tanpa dapat ditangkis.

Pihaknya menyasarkan pusat strategik dalam wilayah yang diduduki dengan peluru berpandu yang dibuat oleh anak-anak Iran.

Beberapa pangkalan tentera udara dan radar disasarkan dalam operasi berkenaan.

IRGC memberi amaran kepada rejim Israel mengenai tindak balas yang lebih hebat jika ia bertindak balas terhadap serangan itu.



Operasi itu dilaksanakan dengan kelulusan Majlis Keselamatan Tertinggi Nasional serta sokongan Tentera Republik Islam Iran dan Kementerian Pertahanan.

Iron Dome Israel Gagal Tangkis Peluru Berpandu Balistik Iran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.

Netizen Mahu Pinjam Wang?

Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker