Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN

Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN

Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN

Walau apa pun alasan yang cuba diberikan oleh pemimpin dan penyokong PPBM/Perikatan Nasional, faktanya keputusan pilihan raya kecil Mahkota memberikan aib yang besar kepada mereka.

Pengerusi Perikatan Nasional yang juga merupakan presiden PPBM, Muhyiddin Yasin adalah anak jati negeri Johor.



Bukan setakat anak jati negeri Johor, malah Muhyiddin juga adalah mantan Menteri Besar Johor dari 12 Ogos 1986 hingga 3 Mei 1995.

Atau lebih tepat selama 8 tahun dan 265 hari.

Sebagai mantan Menteri Besar Johor selama hampir 9 tahun, apakah Muhyiddin langsung tidak mempunyai pengaruh terhadap pengundi di Johor?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Syarikat Berkaitan GISBH Berisiko Di Batalkan




Memang benar, menang atau kalah dalam piihan raya adalah perkara biasa.

Tetapi kalah dengan majoriti lebih dari 20,000 undi di peringkat DUN adalah sesuatu yang sangat memalukan.

Jangan lupa, pilihan raya kecil Mahkota bukan pilihan raya kecil peringkat parlimen.



Sedangkan di peringkat parlimen sekali pun, kekalahan dengan majoriti sebesar itu sudah sangat memalukan, inikan pula di peringkat DUN.

Lebih memalukan lagi apabila dilihat kepada fakta pasca pilihan raya kecil Mahkota:


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Mahkota: PN Berada Dalam Keadaan Terdesak


  • PN nyaris hilang wang deposit lepasi had minimum 12.5% (4,418) dari jumlah keluar mengundi.
  • PN kalah di Kesemua 18 Daerah Mengundi (DM).
  • DM Melayu yang dimenangi PN pada PRU15 ditawan oleh BN dengan selesa.
  • Jumlah keluar mengundi 35,342 (53.84%) berbanding PRN2022 sebanyak 40,225 (65.66%).
  • Beza dari segi jumlah 4,883.
  • Majoriti BN naik 4 kali ganda dari 5,166 ke 20,648.
  • Bagi setiap 5 pengundi, 4 undi BN dan 1 undi PN.
  • BN 27,995 dan PN 7,347.
  • Undi PH berpindah kepada BN.
  • PRN 2022 dulu BN 16,611, PH 11,445, dan PN 7,614.
  • Undi PN sudah tepu dan kurang sedikit 7,347 dibanding dengan PRN2022 (7,614).
  • Tidak berjaya tambah undi walaupun PH tidak bertanding.
  • Undi PN menyusut 29.8% dibandingkan dengan jumlah undi dalam DUN Mahkota untuk merebut kerusi Parlimen Keluang.

PAS Akan Lebih Mudah Menguasai Perikatan Nasional

Dengan keputusan pilihan raya kecil Mahkota, sama ada suka atau tidak, sudah sampai masanya PPBM memberi laluan kepada PAS untuk menerajui Perikatan Nasional.



Kemenangan calon PAS/Perikatn Nasional di pilihan raya kecil Sg Bakap membuktikan PAS tidak ada masalah mempertahankan kerusi mereka.

Begitu juga dengan pilihan raya kecil Kemaman.

Tetapi apabila diletakkan calon PPBM, keadaan yang sebaliknya akan berlaku.



Ianya berlaku di pilihan raya kecil Nenggiri dan sekali lagi di pilihan raya kecil Mahkota.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapalah Yang Tergamak Buat Mahathir Marah

Pemimpin dan ahli Perikatan Nasional boleh memberikan alasan Johor adalah kubu kuat UMNO/Barisan Nasional.



Tetapi bagaimana pula dengan Nenggiri?

Bukankan Kelantan adalah kubu kuat parti PAS.

Kita tidak nampak walau satu sebab pun mengapa PPBM masih boleh menerajui Perikatan Nasional.

Tetapi PAS mempunyai saribu satu sebab untuk mengambil alih Perikatan Nasional.

Kalau tidak hari ini, mungkin besok atau bulan hadapan atau pun mungkin tahun hadapan.

Cuma masa yang akan menentukan bilakah PPBM akan mengalah dengan PAS.

Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker