Omicron: Harga minyak turun 2 peratus

Sebaran :

SINGAPURA: Harga minyak merosot kira-kira dua peratus pada Isnin berikutan peningkatan kes varian Covid-19, Omicron di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) mencetuskan kebimbangan pelabur terhadap sekatan baharu yang mungkin dilakukan ke atas perniagaan, sekali gus mengurangkan permintaan bahan api.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$1.36 (RM5.74), atau 1.9 peratus kepada AS$72.16 (RM304.80) setong manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS turun AS$1.51 (RM6.38) atau 2.1 peratus kepada AS$69.35 (RM292.93) setong.

Penganalisis pasaran di CMC Markets, Kelvin Wong berkata, sentimen lemah dalam harga minyak adalah sejajar dengan kelemahan yang dilihat dalam niaga hadapan e-mini S&P 500 dan Nasdaq 100.

“(Ini) disebabkan kebimbangan sekatan yang akan berlaku terhadap aktiviti ekonomi untuk membendung penularan semasa varian Omicron Covid-19 di seluruh dunia yang mungkin meningkatkan risiko kelembapan permintaan,” katanya.



Belanda telah memulakan perintah berkurung pada Ahad dan kemungkinan lebih banyak sekatan Covid-19 dikenakan menjelang cuti Krismas dan tahun baharu di beberapa negara Eropah.

Di Amerika Syarikat, penasihat perubatan Rumah Putih, Dr. Anthony Fauci menggesa individu yang melakukan perjalanan untuk melawat orang tersayang mendapatkan suntikan penggalak dan sentiasa memakai topeng di ruang awam yang sesak.

Sementara itu, firma tenaga AS minggu ini menambah pelantar minyak dan gas asli untuk minggu kedua berturut-turut.

Kiraan pelantar minyak dan gas, penunjuk awal pengeluaran masa depan, meningkat tiga kali ganda kepada 579 dalam seminggu hingga 17 Disember, tertinggi sejak April 2020, kata firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes Co. dalam laporannya.



Namun, eksport yang lebih rendah dijangka dari Rusia dengan eksport dan transit minyak dari negara itu dirancang pada 56.05 juta tan pada suku pertama 2022 berbanding 58.3 juta tan pada suku keempat 2021. – AGENSI

Omicron: Harga minyak turun 2 peratus


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *