Mydin halalkan barang dicuri ketika banjir

Sebaran :

Mydin halalkan barang dicuri ketika banjir

Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin menghalalkan tindakan individu yang memecah masuk cawangannya di kawasan banjir di Sri Muda, Shah Alam semalam.

Beliau berkata, kemaafan itu berdasarkan niat mangsa banjir memecah masuk kedainya untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan lambat tiba dan bukan sebaliknya.

“Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut.



“Namun, dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup,” katanya dalam kenyataan yang mendoakan mangsa banjir dalam keadaan selamat dan keadaan akan pulih secepat mungkin.

Ameer berkata, cawangan Mydin di Sri Muda mengalami kerugian jutaan ringgit akibat banjir yang melanda Jumaat lalu.

Sebelum ini, polis mengesahkan beberapa kedai serbaneka di Sri Muda, khususnya Seksyen 15 yang dilanda banjir kilat Jumaat lalu, dipecah masuk sekitar 1 tengah hari hingga 2 petang semalam.

Antara premis terbabit ialah Mydin, KK Mart, 7 Eleven dan Pasaraya Jimat.



Mydin halalkan barang dicuri ketika banjir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.