Beri moratorium 3 bulan kepada PKS terjejas banjir

Beri moratorium 3 bulan kepada PKS terjejas banjir

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA) menggesa kerajaan memberikan moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir buruk, baru-baru ini.

Sebagai solidariti bersama ribuan PKS yang terkesan itu, Pengerusinya William Ng berkata ramai ahlinya mengalami kerosakan kenderaan, mesin dan stok hingga membabitkan kerugian berjuta ringgit.

Ng berkata banjir berlaku “pada masa yang paling tidak sesuai” memandangkan pengusaha baru saja bangkit selepas menjalani tempoh sekatan pergerakan yang lama.

Katanya, berdasarkan anggaran awal terdapat antara 12,000 hingga 18,000 PKS yang terjejas.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menawarkan pinjaman mudah sehingga RM500,000 kepada PKS yang terjejas akibat banjir,” katanya kepada FMT.

“Kami menggesa kerajaan untuk mengambil langkah selanjutnya dengan mengumumkan pemberian moratorium tanpa faedah ke atas pinjaman selama tiga bulan kepada PKS.”

Ng turut menggesa kerajaan dan polis dalam memastikan kejadian pecah masuk di kedai dan gudang tidak berulang selepas polis Shah Alam semalam mengesahkan beberapa kedai serbaneka dipecah masuk di kawasan terjejas banjir di Taman Sri Muda.

BNM semalam mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru ini melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (DRF 2022).

Katanya, DRF 2022 – dengan kadar pembiayaan hingga 3.5% setahun – boleh digunakan untuk menampung kos membaiki dan/atau mengganti aset untuk kegunaan perniagaan seperti loji dan mesin yang telah rosak akibat banjir. Ia juga boleh dijadikan sebagai untuk modal kerja.

PKS boleh meminjam sehingga RM500,000 manakala perusahaan mikro pula boleh meminjam sehingga RM75,000. Tempoh pembiayaan adalah hingga lima tahun, termasuk tempoh moratorium selama enam bulan ke atas bayaran pokok dan faedah/keuntungan.

Kerajaan turut mengumumkan langkah lain untuk membantu PKS yang terjejas seperti pembiayaan tanpa faedah berjumlah RM5,000 melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pinjaman RM30 juta di bawah Tekun Nasional. FMT

Beri moratorium 3 bulan kepada PKS terjejas banjir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker