Pasangan curang boleh disaman – peguam

Pasangan curang boleh disaman – peguam

Tindakan saman boleh dikenakan sama ada kepada suami ataupun isteri sekiranya mereka didapati curang terhadap pasangan masing-masing.

Mendedahkan perkara itu, seorang peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor berkata, tindakan tersebut boleh diambil dengan merujuk kes kecurangan pasangan kepada Mahkamah Syariah.



Langkah pertama katanya adalah dengan membuat laporan kepada pejabat agama dengan besertakan bukti dan maklumat yang mencukupi seperti gambar, dokumen atau mesej di WhatsApp.

Tambahnya, bukti yang mencukupi membolehkan pegawai pejabat agama untuk membuka kertas siasatan.

“Kertas siasatan akan ditelitii oleh Pendakwa Syarie, sekiranya kukuh untuk dibawa ke mahkamah barulah pendakwa akan memfailkan kes jenayah syariah kepada pihak ketiga.

“Jika seorang isteri mempuyai bukti kukuh melibatkan kecurangan pasangan, seperti rakaman video, gambar atau resit hotel melibatkan perbuatan zina, isteri boleh membuat aduan terhadap kesalahan berkhalwat atau zina,”katanya di Facebook hari ini.



Kaya Nor Zabetha, perkongsian itu adalah susulan terdapat beberapa pasangan suami isteri yang dicurangi seperti kes viral beberapa hari ini.

“Setiap kali luahan mereka adalah pengkhianatan dan penipuan. Setiap kali melihat pasangan yang mencurangi mereka, walaupun cuba dipadamkan.

“Walaupun telah memaafkan tetaplah perasaan reda dan melupakan tidak akan hadir,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Zabetha memaklumkan bekas suami juga boleh menyaman balas jika bekas isteri membuat rakaman dengan niat memalukan. K Online



Pasangan curang boleh disaman – peguam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir



Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker