Tan sri tak bayar gaji selama 12 tahun – Amah

Tan sri tak bayar gaji selama 12 tahun – Amah

Seorang pembantu rumah Indonesia kepada seorang tan sri yang kaya di Kota Damansara, Kuala Lumpur mendakwa tidak mendapat gaji selama 12 tahun.

Wanita itu yang enggan namanya disiarkan kemudian melarikan diri dan mendapatkan bantuan daripada kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

Seorang jurucakap kedutaan berkata mereka berbincang dengan peguam dan mengeluarkan surat tuntutan kepada majikan berusia 70-an itu, menuntut sebanyak RM106,000.

Bagaimanapun katanya, anak majikan itu membalasnya dengan membuat tuntutan balas kepada Jabatan Buruh atas alasan orang gaji itu tidak memberikan notis berhenti kerja 14 hari lebih awal.

Sepanjang 12 tahun berkhidmat, amah setinggi 1.5m itu mendakwa sering dimarah dan keletihan.

Malah, dia dikatakan pernah ditampar kerana tersalah letak ubat.

“Saya bangun kerja pada pukul lima pagi tanpa sarapan kerana saya kena siapkan kerja rumah sebelum madam bangun. Dia jenis bangun awal dan akan marah saya jika kerja tak siap.

“Saya tidur pula lepas dia masuk bilik, biasanya sekitar waktu tengah malam,” kata wanita malang 43 tahun daripada Malang, Indonesia.

Dia juga mendakwa tidak dibenarkan menggunakan telefon. Mk

Tan sri tak bayar gaji selama 12 tahun – Amah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?

Related Articles

One Comment

  1. Amah bertuah dapat lari.DAPAT ke Embassy.Yang dikunci dari dalam tidak tahu guna pembuka gate tinggi remote control.. jadi Abdi sepuloh tahún lebih pun ada….kerja tidak berhenti ..hingga jadi AlHafiz bertahun lafaz jusuk Al Quran untuk tenang diri bila dimaki hamun dan di anaiya..Harap sesuatu dapat di buat untuk trace ,menangkap dan penjara majikan berstatus yang zalim dan kejam ini.

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker