Tiada sebab Muhyiddin perlu mengalah – Bekas Menteri Kereta Terbang

Untuk selamatkan kerajaan PN, Muhyiddin perlu muhasabah dan mengalah

Redzuan berkata, kemenangan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu yang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti lalu sudah cukup memberikan signal jelas kepada pihak lain bahawa tidak wajar untuk individu yang telah menjalankan tugas dengan baik perlu mengalah sedangkan ia mendapat sokongan padu dalam kalangan parti dan rakan politik lain.



Menurutnya, ia termasuk pelbagai skim diwujudkan bagi membantu rakyat dalam tempoh negara berdepan pandemik koronavirus (Covid-19) selain mengadakan rundingan dengan beberapa negara untuk memastikan vaksin sampai ke negara secepat mungkin malah Malaysia antara negara terbaik dalam mengekang wabak itu daripada terus menular.

Wan Fahysal jangan angkuh, jangan melampau – Asyraf Wajidi

“Kenapa Perdana Menteri perlu mengalah, beliau mendapat sokongan dan telah menjalankan tugas dengan baik seperti yang nampak hari ini, tidak ada sebab beliau nak mengalah. Beliau patut meningkatkan kepemimpinannya untuk pastikan kerajaan stabil dan beri perhatian pada rakyat untuk memacu ekonomi lebih baik.



“Rakyat pun sayangkan beliau dan sekiranya diadakan pemilihan semula saya yakin rakyat akan tetap sokong beliau,” katanya.

Mohd Redzuan berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Ahli Parlimen Alor Gajah bersama Media Melaka di Hotel Ames di Ayer Keroh di sini malam tadi.

Mohd Redzuan yang juga Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas) berkata, tiada sebab juga untuk merombak barisan menteri Kabinet memandangkan kerajaan hari ini telah berfungsi dengan baik.

Ku Li kembali dominan meriahkan politik Malaysia



“Saya baru lepas mesyuarat dengan Perdana Menteri petang tadi (semalam) dan tiada langsung dibincangkan mengenai rombakan Kabinet, buat masa ini semuanya berfungsi dengan baik.

“Sekiranya tiba suatu ketika yang menampakkan Kabinet tidak berfungsi dengan baik, ketika itu barulah keputusan perlu dibuat, masa ini semua berfungsi baik dalam keadaan yang serba mencabar,” katanya.

Mahathir, Ku Li bakal bentuk kerajaan interim?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker