Mereka bersenjata dan curi barang elektrik – bos Mydin

Sebaran :

Mereka bersenjata dan curi barang elektrik – bos Mydin

Mereka yang memecah masuk premis Mydin kelmarin dikatakan berniat melakukan rompakan apabila bersenjatakan pisau dan parang selain membawa lari barang bukan keperluan, kata Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin.

Beliau berkata, mereka juga bukan mencuri barang-barang makanan yang boleh dimakan tetapi mengambil barangan elektrik dan pelbagai barangan lain yang berharga seperti jam, peralatan komputer dan sebagainya di tingkat satu kedai berkenaan.

“Melihat barang-barang yang dicuri, mereka menceroboh (kedai) bukan untuk makanan tetapi masuk untuk mencuri,” katanya menganggarkan nilai kecurian antara RM200,000 hingga RM300,000 selepas dinilai kakitangan Mydin, menurut laporan MalaysiaGazette.



Ameer berkata, berdasarkan penelitian ke atas rakaman CCTV, beliau dan pengurusannya mendapati kumpulan lelaki itu telah memecahkan pintu depan menggunakan kayu dan parang sebelum meluru naik ke tingkat satu yang menempatkan barang-barang elektrik.

“Kalau lapar perlu ke bawa pisau dan parang?,” katanya yang sangat kesal dengan insiden itu.

Semalam, Ameer dalam satu kenyataan menghalalkan tindakan individu yang memecah masuk cawangannya di kawasan banjir di Sri Muda, Shah Alam semalam.

Beliau berkata, kemaafan itu berdasarkan niat mangsa banjir memecah masuk kedainya untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan lambat tiba dan bukan sebaliknya.



“Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut.

“Namun, dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup,” katanya dalam kenyataan. FMT

Mereka bersenjata dan curi barang elektrik – bos Mydin


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *