Wan Saiful bangang, Latiff perlu bertanggungjawab – Nazri

Wan Saiful bangang, Latiff perlu bertanggungjawab – Nazri

Bekas Menteri Nazri Aziz menyifatkan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, ‘bangang’ kerana cuba merendahkan kredibiliti Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung pengurusan bencana.

Beliau berkata Wan Saiful tidak mengetahui struktur Jabatan Perdana Menteri, iaitu tugas menguruskan bencana kebiasaannya diserahkan kepada seorang Timbalan Perdana Menteri.



“Kita tak ada TPM jadi kuasa berkenaan terletak dalam bidang kuasa Menteri Tugas-tugas Khas (Abdul Latiff Ahmad). Latiff ini daripada Bersatu. Dia ini Menteri Bersatu,” katanya kepada FMT.

Nazri mengulas kenyataan Saiful, hari ini, yang mahu Ismail lebih aktif mengetuai penyelarasan operasi bantuan banjir.

Kata pemimpin Bersatu itu, tanggungjawab utama membantu rakyat mestilah diletakkan atas bahu Perdana Menteri; dan penyelarasan antara agensi untuk memastikan proses penyampaian bantuan lebih tersusun paling penting, dengan adanya jawatankuasa khas yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Nazri bagaimanapun menyangkal Wan Saiful.



“Kalau tak tahu, tak payah cakap, jangan nak memperbodohkan diri. Ini hanya untuk serang Perdana Menteri sahaja,” katanya.

Nazri berkata beliau tahu selok-belok hal ini kerana pernah menguruskan Majlis Keselamatan Negara selama sembilan tahun.

“Saya tahulah, sebab saya jadi Menteri uruskan MKN selama sembilan tahun, bukan Perdana Menteri,” katanya. FMT

Wan Saiful bangang, Latiff perlu bertanggungjawab – Nazri




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah



Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker