Paksa seks oral, NGO gesa siasatan bebas

Kumpulan hak asasi manusia, Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict) menggesa siasatan telus dan bebas terhadap dakwaan kejadian seorang anggota polis memaksa tahanan wanita melakukan seks oral.

Kerajaan tidak wajar menangguhkan pembentukan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagaimana yang disyorkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pada 2005, kata NGO itu.

“Edict dengan ini menuntut agar pihak ketua polis negara serta Kementerian Dalam Negeri dengan segera mengeluarkan kenyataan berkenaan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak PDRM agar kes-kes seperti ini tidak berulang semula di masa-masa depan.

“Kes-kes salah laku seks, salahguna kuasa, pengabaian tugas serta kecuaian tidak boleh dibenarkan berlaku lagi demi membina keyakinan masyarakat umum terhadap PDRM,” kata Edict pada satu kenyataan hari ini.

Kumpulan itu juga menegasan dakwaan insiden salah laku seks ini telah menimbulkan keraguan sama ada wujud atau tidak sebarang “garis panduan polis dalam mengendalikan suspek-suspek wanita yang disoal siasat.”

“Edict mengatakan insiden seperti yang dilaporkan di dalam kes terbaru ini bukanlah satu dakwaan yang terpencil dan unik yang pernah dilemparkan terhadap anggota PDRM.

“Edict mengambil maklum bahawa insiden terbaru ini adalah merupakan salah satu insiden daripada beberapa insiden yang pernah dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Edict juga membangkitkan kebimbangan mengenai tindakan sebelum ini yang diambil oleh pasukan polis dan Kementerian Dalam Negeri terhadap pegawai terbabit kes kematian tahanan, yang didapati mahkamah bahawa mereka telah menyalahgunakan kuasa dan cuai dalam tugasan.

Sebelum ini, dilaporkan seorang wanita berusia 36 tahun membuat laporan polis mendakwa seorang anggota polis memaksanya melakukan seks oral ke atasnya di balai polis Serdang pada 18 Dis.

Dia mendakwa anggota polis itu membawanya ke sebuah bilik dan hanya ada mereka berdua saja di sana.

Selepas dia memberi kenyataan, polis terbabit menanggalkan garinya dan mengarahkan wanta tersebut melakukan perbuatan itu.

Dia berkata dia dihantar semula ke selnya dan diberi amaran untuk tidak bercakap mengenai kejadian itu selepas itu.

Paksa seks oral, NGO gesa siasatan bebas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya nak sekolahlah MB Selangor, dia tak faham MKN – Noh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker