4 penjawat awam antara 8 ditahan samun RM1.13 juta

4 penjawat awam antara 8 ditahan samun RM1.13 juta

Empat penjawat awam antara lapan individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun berkawan menggunakan senjata api dengan melarikan wang tunai RM1.13 juta dalam tempat letak kenderaan Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 14 Dis lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar berkata, semua suspek berusia 20 hingga 43 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara pada 15 hingga 17 Dis lalu.



“Kita telah menerima laporan pada 7.48 malam daripada mangsa bersama rakannya yang mendakwa kejadian samun itu berlaku ketika mereka menjalankan transaksi penjualan jam tangan berjenama milik majikan mangsa.

“Ketika sedang mengira wang yang diterima daripada pembeli jam tangan, dua lelaki yang memakai ‘vest’ berlambang dan bertulis polis menaiki sebuah kereta dan dua lelaki menaiki motosikal telah menahan mangsa,” katanya dipetik Sinar Harian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Beliau berkata, seorang daripada suspek itu mengeluarkan sepucuk pistol dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis, sebelum menggeledah kereta mangsa serta merampas wang tunai berjumlah RM1.13 juta.

Katanya, suspek kemudian mengarahkan mangsa ke Balai Polis Sungai Besi untuk tindakan lanjut, tetapi ketika mangsa mengekori suspek, kenderaan itu menghilangkan diri.



Beliau berkata, polis merampas dua motosikal jenis Honda RS150 dan Yamaha 15ZR, dua kereta Perodua Myvi dan Honda Civic, wang tunai RM716,800 serta beberapa barangan yang dibeli suspek menggunakan hasil samun itu dianggarkan bernilai RM223,460.

“Salah seorang suspek turut menggunakan wang yang disamun itu untuk melangsaikan baki hutang keretanya yang bernilai RM90,970.”

Idzam berkata, empat suspek dibebaskan dengan jaminan polis, manakala empat lagi masih direman sehingga Rabu bagi membantu siasatan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. FMT



4 penjawat awam antara 8 ditahan samun RM1.13 juta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah



Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker