Saya nak sekolahlah MB Selangor, dia tak faham MKN – Noh

Saya nak sekolahlah MB Selangor, dia tak faham MKN – Noh

Menteri kabinet Noh Omar berkata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari tidak memahami struktur Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kenyataan itu dibuat selepas Amirudin berkata dia kembali dilantik mempengerusikan badan itu di peringkat negeri selepas banjir besar.



Noh berkata sebenarnya terdapat dua jawatankuasa berdasarkan dua arahan.

Katanya, arahan nombor satu (pengurusan keselematan negara) dipengerusikannya manakala arahan nombor 20 (pengurusan bencana) bawah Amiruddin.

“Saya nak sekolahkan MB Selangor ini supaya MB Selangor ini memahami arahan-arahan dan pentadbiran kerajaan.

“Kalau sebagai menteri besar beliau tak memahami arahan-arahan pentadbiran kerajaan, maka sebab itu kita lihat persiapan banjir Selangor kelam kabut,” katanya.



Amirudin semalam dilaporkan berkata dia kembali mempengerusikan MKN Selangor mulai Rabu, susulan keputusan semasa mesyuarat MKN peringkat persekutuan yang dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Mk

Saya nak sekolahlah MB Selangor, dia tak faham MKN – Noh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker