Proton tawar diskaun baiki kenderaan mangsa banjir

Proton tawar diskaun baiki kenderaan mangsa banjir

Proton menawarkan diskaun 20% bagi alat ganti tertentu dan caj buruh untuk memperbaiki kerosakan kenderaan modelnya bagi pelanggan yang telah membuat laporan polis, susulan banjir baru-baru ini.

Bernama melaporkan syarikat pengeluar kereta itu juga akan menanggung caj tunda sehingga RM200 dan caj pembersihan bahagian luar serta ruang enjin sebanyak RM100.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, fenomena banjir baru-baru ini menjejaskan ribuan penduduk, terutamanya di Selangor dan Shah Alam.

“Ramai pelanggan kami mengalami kerosakan tempat tinggal serta perniagaan, termasuk kereta mereka. Oleh itu, kami ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka boleh diperbaiki dan memberi jaminan bahawa pelanggan kami adalah keutamaan syarikat.

“Keadaan luar biasa memerlukan tindak balas luar biasa juga. Proton akan berusaha memastikan kenderaan pelanggan diperbaiki secepat mungkin dan menasihati mereka terus ke pusat perkhidmatan kami supaya dapat menikmati faedah ini,” katanya.

Pelanggan boleh menghubungi 1-800-88-8398 bagi mendapatkan maklumat lanjut. FMT

Proton tawar diskaun baiki kenderaan mangsa banjir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker